Jumaat, 8 Oktober 2010

PANAS...PANAS....

salam guys!!dah lama tak update blog...hari ni hari ketiga aku kat umah selepas dua minggu kat sepital. dua minggu kat wad 2B tu buat aku panas je. sib bek krisis ngan guard kurang tak macam slalu. tapi skang krisis ngan tikus lak.banyak giler! yang aku tak larat tu kalau tgk bangkai tikus.cam nak histeria di buatnyer. yang aku pelik tu,dah ada orang kena gigit tikus,baru hospital nak amik tindakan. tu pun diorang letak racun tikus je.banyak gak diorang dapat. tapi banyak anak tikus je le...baby2 tikus yang merah2 tuh! geliiiiiiiiiiiii!
tapi tu baby dia je. mak, ayah, atuk n nenek tikus tu still bekeliaran ag kat wad tu. aku rasa tikus pun dah pandai bezakan mana makanan, mana racun n mana perangkap.maklum ler, zaman IT ni, tikus pun celik IT. bijak pandai masing2... tapi sampai ati dia ekor tinggalkan baby2 eh...
member aku yang jaga mak dia dah try nak snap some pic untuk dijadikan bukti untuk ditunjuk kat sister yang susah sangat nak caya kewujudan tikus kat wad eh. tapi malangnyer, tikus tu very low profile. baru nak snap, dah cabut. penyegan bebenor gamaknyer...
bila report kat sister wad, dia leh salahkan kitorang bawak makanan banyak2. kalau takde stok makanan, kitorang nak makan apa?ada ke wad sponsor makanan untuk kitorang?mang tak la jawabnyer. kalau ada pun dapat dari belas ihsan amah2 yang baik2 hati...
Then, lagi satu yang wat aku panas, kusi malas sister tak bagi bawak ag dah. dia kata,, pengarah HTJS tak bagi. dia cakap, pengarah kata, kalau nak jaga, pakai kusi yang diorang supply. kalau nak tido, pi balik umah. peh...cakap mang sedap cuba try tido atas kusi yang diorang supply satu malam tgk? kalau tak bengkak kaki, balik umah confirm suh bini urut. cam beliau tu leh r ada bini. dapat cam aku ni? aku bukan sehari dua nak jaga mak aku.berminggu2. tapi yelah, aku tak nafikan, orang kaya apa yang diorang paham pasal kita yang sederhana ni. tapi aku sedih r gak. agak tak wajar r kalau kusi malas takleh bawak.aku tau, diorang tak bagi sebab ada makhluk2 yang tak reti susun time pas pakai kusi malas. tapi takkan sebab nila setitik, abis susu sebelanga? at least, tunjuk r belas sket kat kami2 yang menjaga ni.
However, sorry to sister wad 2B HTJS. aku bukan taknak dengar cakap dia, cuma aku pikir masa depan. kalau aku tak tido atas kusi malas, nanti aku sakit, sapa nak jaga mak aku?dia penah cakap ngan mak aku, dia kat umah bukan jenis ngadap sesama sendiri tapi aku n family aku lain.kitorang perlu berkumpul n mengadap sesama sendiri. orang yang tak ngadap sesama sendiri ni orang yang kurang kasih sayang. bia la nak marah ke,kata aku degil skalipun, aku tak dulik. janji aku tak kacau orang.

oklah, dah lewat sangat dah ni. aku dah 2x nguap.cukup 3x, aku pun out of service.huhuhu... One more, korang mesti nak tau condition mak aku kan?Alhamdulillah, mak aku dah semakin sihat cuma luka kakinya masih perlu di perhatikan serius. terima kasih atas doa2 dari kalian semua. hanya Tuhan yang akan membelas doa2 kalian...lastly, gudnight...(^^,)