Rabu, 7 Disember 2011

HASIL KERJA TANGAN AKU...(^^,)

Assalamualaikum, semua. malam ni aku nak share ngan korang sumer certain things yang aku buat dengan tangan aku sendiri. niat hati nak ambik tempahan, insyaAllah, bak kata orang, kalau ada rezeki kita pasti berjaya. so, ini dikirakan first trial lah dari aku yang ada aku cilok sket2 dari pengalaman kedai kek yang aku kerja dulu, dari sahabat baik aku yang tak pernah tension kawan ngan aku dari kecik(yeker?hehehe...), dan jugak dari buku2 resepi. so, kat bawah ni merupakan gambar2 yang boleh dikatakan aku berjaya menghasilkannya...meh kita tgk satu-satu...(^^,)


ini muffin strawberry. hampir tiga orang aku bagi rasa lepas masak untuk memastikan kesedapannya...huhuhu


ini pulak coklat ros or handmade coklat dan ada gak yang panggil home made coklat. sukati koranglah nak panggil apa...


ha, ini adalah roti coklat cips. juz a simple roti bun dan aku tabur coklat cip atasnya. actually aku susun coklat tu sebab coklat cip tu besar sangat....


inilah roti kelapa atau lebih dipanggil oleh orang2 kampung aku roti inti. sebabnya, aku pun tak tau. sebab roti inti leh ada macam2 inti tapi uwan2 tu tetap panggil roti kelapa ni roti inti.


ini pulak muffin blueberry. den raso sodap yo...hehehe

ha, itu lah dia serba sedikit makanan yang aku hasilkan. ada beberapa ag tapi nanti aku update lagi yer...thanks pada semua coz sudi baca notes aku selama ni. komen2 anda semua amat dihargai...see you next update!selamat malam n Assalamualaikum...(^^,)

Khamis, 27 Oktober 2011

PENGKID VS LELAKI

Assalamualaikum semua....aku baru balik dari ampang rumah kakak aku...best sangat2 sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah sendiri...ehehehe...aku balik tadi naik komuter. fuh, tersangatla ramainya sehinggakan aku kena tunggu next train baru boleh naik ngan mak n adik aku. ha, korang mesti suspen je kan ngan tajuk note aku malam ni?hehehe...kalau tak suspen pun, buat2 je la suspen...kiki...

sebenarnya macam ni ceritanya, once upon a time......ehehehe. ok2,aku serius. tadi masa tgh tunggu train kat KL sentral, ada sekumpulan budak2 muda ni. dan aku 100% confirm, mereka ni pompuan.tambah2 lagi diorang tunggu kat coach wanita. tapi ada part2 yang wat mata aku sakit dan wat aku istighfar berkali2. 1stly, antara mereka 8org, hanya 3orang je yang boleh dipanggil pompuan.yang lagi 5 org tu sapa lagi kalau bukan pengkid. actually aku ni takdela nak heran sangat mereka ni pengkid ke, pondan ke, gadis ayu ke atau apa2 la. cuma aku sedih tgk gelagat anak bangsa aku sendiri terutamanya yang sama jantina ngan aku. aku sedih melihat gelagat mereka yang seolh2 orang sekeliling ni tak wujud depan mereka. aku taklah mintak diorang hormat aku.at least hormatilah makcik2 n mak aku yang ada hampir dengan mereka. ni tak, depan orang tua diorang dah tentu2lah berpakaian macam lelaki,sampai buah dada pun dah tak nampak, pastu berpeluk2 n bercium2 pulak. walaupun korang tu pompuan, takyahlah nak tunjuk sangat aktiviti songsang!nk meletup dada aku geram punya pasal.tapi aku istighfar banyak2 bagi sejuk hati.

selang setengah jam, train ditunggu pun sampai. aku tak naik coach wanita.adik aku ajak naik gerabak biasa.dan alhamdulillah hati aku yang panas tadi sejuk sikit.malah lebih bertambah sejuk,apabila terpandang seorang lelaki ni boleh baca Al-Qur'an yang kecik tapak tangan tu sambil berdiri dalam komuter..fuh, mang lelaki idaman malaya la camtu.dah lah hensem, pakej ngan agama lagi...kau ada??haaha...aku cakap je tapi aku mang tak layak pun untuk lelaki camtu...

so, pendek kata, terlalu banyak beza lelaki palsu dan lelaki tulen yang aku jumpa hari ni...therefore,buat gadis2 di luar sana, biar lah wajah kita tak seberapa,biarlah hati kita dihancurkan beribu kali,tapi janganlah sekali2 terfikir untuk menjadi lelaki.bersyukurlah kita sebagai wanita kerana wanita ni adalah satu ciptaan yang paling indah dalam dunia ni...Wallahualam...moga bertemu lagi dilain masa...wasalam...(^^,)

Isnin, 10 Oktober 2011

TAK LAMA LAGI...

assalamualaikum readers...lamanya aku tak tulis lam blog ni...sebelum ni aku keje.skang ni aku dah tak keje sebab nak concern lebih kat mak...

actually aku sedih sket r...aku tak lama lagi nak kawin.tak tau la kenapa aku sering upset ngan si dia.adakah aku ni pasangan yang tak baik?mesti malang sapa dapat aku kan?aku tak pastila samada aku mampu bahagiakan dia ke tak.cuma aku harap sangat,cinta hadir dalam hati aku untuk dia.adakah aku dah tak mampu cintakan orang lagi?dulu,aku cintakan org,tapi org tak hargai aku.tapi skang apa yang aku alami dulu, macam dialami oleh tunang aku skang.padahal aku takde langsung niat nak balas dendam ke apa.cuma ati ni dah susah nak cintakan org...

Ya Allah, tolonglah hidupkan api cinta buat suamiku nanti...aku ingin dia bahagia dan aku juga bahagia.tapi kadang2 aku tak boleh terima cara dia.aku rasa cinta dia mengawal hidup aku.aku taknak hidup aku dikawal.aku nak orang yang cintakan aku percaya penuh pada aku...apa patut aku buat?moga akad dan nikah nanti mampu membuka rasa cinta di hati ini...aku yakin,Allah sayang kat aku.jadi DIA nak aku bercinta lepas dah sah menjadi suami isteri agar batas2 hubungan antara kami terjaga.Alhamdulillah andai sangkaan aku ni betul...I LOVE ALLAH...lindungilah aku Ya Allah.aku hanyalah hambamu yang hina dan selalu melakukan silap...hanya ENGKAU YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH..SUBHANALLAH....

Alhamdulillah,aku dah lega sekarang...harap pada kalian yang membaca blog aku ni mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat ya...terima kasih sahabat2...assalamualaikum...moga berjumpa dilain lembaran...insyaAllah...(^^,)

Selasa, 28 Jun 2011

YELAH...SEMUA SALAH AKU...

assalamualaikum...hari ni mud aku tersangatla bad nya...tak habis2 gaduh.sket2 gaduh. dan bila gaduh je, semua kesalahan atas bahu aku.semua salah aku...tiap kali gaduh, semua letak atas pale aku.tiap kali gaduh,semua orang marah aku.pandang serong kt aku.tiap kali gaduh, airmata aku cam takde harga je..tiap kali gaduh,mesti hati aku rasa cam nak pecah je.aku rasa cam nak nangis kuat2.aku nak ngadu kat mak, tapi aku taknak mak risau.tpi i really need shoulder to cry on...

kepala aku sakit sangat2 sekarang. kalau tak kenangkan mak kat sebelah, aku dah meraung kuat2. bila kat luar, org nampak aku marah2 dia, orang salahkan aku.ye, mang aku salah sebab marah dia. mungkin aku tak leh marah dia.tapi aku terlalu kecik hati.bila aku marah, dia leh cakap nak merajuk ngan aku sampai bila2.hati aku camana?aku sedih dia kata dia tak pernah rasa hepi.takde orang paham dia. dia akan sedih dan takkan hepi sampai bila2.jadi, selama ni,selama dia ngan aku, dia tak pernah rasa hepi.aku tak sangka dia tergamak luahkan ayt camtu.takkan takde sket pun kenangan manis kmi yang dia ingat?tapi, yela.sume salah aku.

kalau dia tak hepi ngan aku, kenapa nak teruskan hubungan ni?aku taknak orang yang aku sayang tak hepi ngan aku.kalau dia tak hepi, aku leh lepaskan dia walaupun aku sedih teramat sangat.tapi terus terangla...aku pun ada hati dan perasaan...

dahlah, airmata ni duk nak kuar je...aku stop dulu.thanks pada yang membaca.aku tersangat sedih sampai tak mampu mencoretkan segala keperitan dalam hati ni...wasalam...

Sabtu, 28 Mei 2011

DAH DAPAT KERJA!!!(^^,)

assalamualaikum...lama giler aku tak update blog ni kan?xtually, i got a job finally!hehehe...aku keje kat ada satu kedai kek ni...baru 2 minggu tpi banyak ilmu kek dan roti yang aku dapt...so best keje kat situ...cuma diet aku je lari lintang pukang sebab duk kunyah roti reject hari2...hehe...hope pasni aku dpat elakkan dri wat roti reject ag...hehehe...bila la key A aku ni nak elok...kalau korang baca tkde huruf A tu pepaham je la yek...sini aku share sket roti n kek yang aku n kawan2 kerja yang lain buat...tapi kek tu fully by me..hehe..alhmdulillah menjadi jugk...not easy like you all see but not hard like want to die la...hahaha...hope, pasni aku dapat perbaiki mutu kerja aku...skang pun still bermutu taw...hehehe...

this is sweet bun...so sweet like me..kot...hahaha...



ha, inilah dia kek pelangi yang ku buat...nice kan?but still not perfect...nanti aku nak buat yang lagi nice...GO AINIE GO!huhuhu


however,ada rezeki nanti aku nk buat kek kat umah pakai oven biasa lak...kalau menjadi, leh niaga part time...hehe...mula2 kerja dulu quite tired gk la...tpi bila dh lama2, quite best...hehehe...ada gak yang tanya kenapa aku tak kerja ikut diploma yang aku ada...spa taknk keje ofis?stress pun lam aircond...hati panas pun lam aircond.tapi kerja yang mudah n selesa ni bukan senang nak dapat..persaingan banyak. so far aku blaja n keje kat kedai kek ni, aku dh mula sesuaikan diri.moga pekerjaan aku sekarang ni sentiasa di bawah rahmat ALLAH SWT dan kedai kek Noha Bakery akan sentiasa maju dan maju dan maju...lagipun susah kita nak jumpa kedai kek melayu...Alhamdulillah, kedai kek ini mendpat sambutn...amin ya rabbal alamin...(^^,)

ok la, takat ni dulu ku taip dalam ni...klu panjang2 kang, sampai lusa korang tak habis baca...hehehe...so thanks to all readers. love you all! see you next notes...babai n wasalam...:)

Jumaat, 6 Mei 2011

BILA DIA NAK FAHAM??

assalamualaikum...mesti korang sumer pelik kan aku letak tajuk kat atas ni? saat aku tulis notes ni,airmata aku asyik bergenang je. aku sedih sebab dia taknak faham aku. aku tak pernah paksa dia buat apa2.satu benda aku paksa dia suh simpan duit je sebab aku taknak miss simpan duit. yang lain aku try memahami dia.apa dia buat, aku sabar je. aku tau sepanjang aku ngan dia, aku banyak menyusahkan dia,pakai duit dia. tapi aku pakai duit dia bukan untuk suka2 untuk beli brg2 penting je. aku sedar, aku bukan lah pasangan yang baik.aku selalu tengking dia sebab aku terlampau kecewa.dia pernah cakap, kalau aku ngan lelaki lain,memang confirm kena tinggal. ye, aku sedar aku tak lawa, gemuk n banyak kekurangan. tapi aku ada perasaan gak. mungkin kalau orang nampak aku gaduhh ngan dia, orang akan kutuk aku sebab aku marah dia, tengking2. tapi orang takkan paham hati aku.biarpun aku tengking, hati ni sebak hanya ALLAH SWT yang tau. satu2nyer orang yang faham hati aku hanya mak aku. aku bukan suka2 nak marah2 orang. apa perasaan korang kalau orang tu asyik tanya soalan yang sama banyak kali dan bila kau taknak buat sesuatu perkara tu, orang paksa2. ha, dari situ korang akan faham apa yang aku rasa.

aku sentiasa berusaha memaafkan dia dengan melupakan perkara yang dah lepas. sebab walaupun hubungan kami belum halal, aku tak penah fikir untuk berkahwin dengan orang lain. kadang2 macam lawak. aku selalu bantu sahabat2 aku dalam hal percintaan, tapi hubungan aku ngan dia??ntah la. aku tolong sahabat2 aku sebab aku taknak diorang rasa apa yang aku rasa. aku yakin dia akan faham aku jugak satu hari nanti.tapi tak tau la bila.mungkin masa tu aku dah nazak kot.entah la.tapi aku akan sentiasa berharap dia akan berubah menjadi lebih memahami aku dan boleh membimbing aku setelah kami diijabkabulkan.

tapi aku ngah sedih sangat sebab dia kata aku buat dia sedih. rasa sedih dan kecewa aku? nak campak mana?kat longkang?tapi takpe, aku akan bersabar dan berharap agar hubungan kami hingga di jinjang pelamin dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.insyaAllah. sesiapa yang membaca notes aku ni, doakanlah agar hubungan kami sentiasa di bawah rahmat Allah swt. aku ni hanyalah manusia biasa dan banyak kekurangan.aku hanya nak menjaga batas2 hubungan sebelum kawin. niat aku nak jaga hubungan kami dan jaga nama baik mak aku dan mak ayah dia. mungkin dia tak faham niat aku sebab kalau tgk dari luaran, aku ni bukan lah gadis berhijab yang nampak cantik, sejuk mata memandang dan berilmu agama yang tinggi. aku hanyalah gadis yang sederhana dan banyak kelemahan.

YA ALLAH, HAPUSKAN LAH AIRMATA INI DENGAN RASA KESABARAN DAN KETABAHAN YANG TINGGI.AKU SEDAR AKU HANYALAH HAMBAMU YANG HINA.TAPI AKU TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA2 LAGI.BANTULAH HAMBAMU YANG LEMAH LAGI HINA NI... :'(

sekian, assalamualaikum...

Rabu, 27 April 2011

ORANG YANG AGAK KURANG AJAR

assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!(chewahhh...ada gaya pemberita tak?hik3) gaya je ada tapi keje takde tak guna gak kan2?;p
ok,untuk tajuk blog aku malam ni adallah kisah benar yang aku hadapi sendiri pada hari ni. aku ni nak kata beradab sangat tu takde la tapi taklah biadab kan. aku cuma bengang dengan seseparuh orang yang tak pernah and tak langsung pedulikan hati dan perasaan orang lain.aku pun kadang2 pentingkan diri gak tapi tgk masa, tempat dan situasi gak la. aku pun tak la sempurna tapi tak salah kot aku tegur atas dasar sesama manusia.kat sini ada dua cerita aku nak share kat sini.memang panas gak r.

for the 1st situation, berlaku di kedai makan masa aku teman seorang sahabat aku ke seremban petang tadi atas sebab peribadi dia la. aku just teman je. masa kat kedai makan tu aku order bihun kantonis n sahabat aku order nasi goreng paprik. menu sangat biasa. then aku juga order makanan for my lovely mum, nasi goreng paprik gak.aku order nasi goreng paprik tu tanpa telur.ye r, several restoran nasi goreng nyer sume diletak telur.that's y aku order camtu. seab mak aku tak leh makan telur.kencing manis.ok,settle order n dapat je order takkan la kitorang bertafakur lak kan?of course r makan.tengah2 duk makan n borak2 tu, aku dengar orang terpekik2 sebut nasi ayam ke nasi goreng paprik.kuat lak tu.aku rasa satu restoran tu dengar kot maklum la dapur dia ngan tempat cashier selang satu langkah je kalau tolak meja penghadang tu.dan tempat duduk aku lak sebelah cashier. aku pun pandang r kat orang yang tengah kecoh2 tu.dari dia membebel2 kuat2 pasal order tu,otomatically aku tau r dia sebut sal order aku.mendidih gak r ati aku tadi.tapi aku sabar lagi.datang la adik pelayan tadi tanya aku sal order aku tadi. aku repeat r order aku balik.dah dapat terus senyap.tapi aku tekad nak sound dia balik masa bayar nanti. then the time's coming,aku tenung je org yang menjerit cam dia sorang tukang masak lam dunia ni tadi.mungkin ALLAH SWT tu MAHA KUASA,aku jadi tak tergamak nak sound dia.coz kalau aku sound dia, aku ngan dia sama je la.so, aku decide untuk cakap kat adik cashier tadi baik2 gini,"adik,cakap kat akak yang marah2 salorder tadi, kalau takpuas hati, tanya jekat customer terus.jangan la jerit2 camtu. malu customer n agak kurang manis la..." aku mengucapkan kata2 tu ngan lembut dan senyuman. masa aku cakap tu, hati aku ni berdetupdetap berdebar2.mungkin sebab akuu tengah tahan marah kot...so, settle la kes tu.

kitorang pun balik n sampai kat senawang, ujan lebat giler.so, sahabat aku ni pun bawak kete slow2.sampai kat rumah dah pukul 6. timbul lah second situation. aku sampai je kat rumah,tgk pintu rumah aku ternganga jer.jangan kata kambing, lembu pun leh masuk pintu rumah ternganga camtu.aku relek ag coz aku ingat ada orang kat rumah sebab aku ada mintakkan jiran aku belikan pampers untuk mak.aku bagi salam, mak aku sorang jeyang jawab.selipar jiran aku pun takde kat luar tapi pintu ternganga.aku tanya mak,mak cakap ada orang jual mesin air suling datang tadi. orang tu puas manja2kan diri dan menggedik2 pujuk mak aku beli mesin tu tapi mak aku mang tak la nak beli especially aku takde kat umah. pastu dia kuar ngan air muka dah macam apa ntah aku tak tau r tapi jelas la dia bengang sebab mak aku tak beli produk dia. eh, sukati ler org nak beli ke tak.adat berniaga, tak sumer nak beli produk kita. so, dengan kurang ajarnyer dia kuar umah dan biarkan pintu rumah aku terpampang. bayang kan, diorang tinggal kan umah aku dalam 5.30 camtu, n aku sampai kat umah kul 6. dalam masa setengah jam tu, macam2 boleh jadi taw x?? dia tak fikir ke keselamatan mak aku?macam mana mak aku yang takde kaki sebelah nak berjalan untuk tutup pintu.tak pikir ke???dibuatnya penyamun masuk ke rumah aku n cederakan mak aku camana?x pikir ke???mengaku belajar di universiti tapi adab sopan keluar masuk rumah orang takde. kalau camtu, ilmu tinggi melangit pun tak guna la sis.muka lawa pun tak guna kalau takde hati perasaan.tau la marah orang taknak beli produk dia.tapi camana pintu time kau masuk, camtu jugaklah time kau keluar.biar muka tak lawa beb,tapi budi bahasa dan adab sopan tinggi.

however,Alhamdulillah aku cepat balik dan tutup pintu. TERIIMA KASIH YA ALLAH KERANA ENGKAU TELAH MELINDUNGI IBUKU...:) dari dua situasi ni, banyak pengajaran aku dapat. terutamanya bagaimana untuk mengawal marah dan tidak mementingkan diri sendiri. semoga aku,keluargaku dan seluruh saudara2ku di bawah perlindungan ALLAH SWT YANG ESA.HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN. WALLAHUALAM. so, see u all for the next notes. wassalam...:)

KEMBALI SEMULA...

assalamualaikum sumer...agak lama tak update blog ni. blog tak leh bukak kat google chrome. MALWARE DETECT!!!so, aku bukak pakai IE je la nampaknyer...skang ni aku ngah tunggu loan ni.betul la seperti tajuk sebuah lagu tu,penantian satu penyiksaan.aku harap sangat lulus sebab aku nak kawin.waaaaaaaa!!!hehehe.. over lak nak nangis2 kan?aku tadi banyak idea nak tulis,bila dah dapat tulis tetiba blur.iskk....



alhamdulillah aku sihat Walafiat walaupun beberapa hari lepas aku di gigit oleh seekor lipan yang panjangnyer adalah lebih sket dari sejengkal. citenyer gini,aku masa tu ngah lepak2 sambil baring2 tunggu masuk solat Isyak.tetiba aku rasa pinggang aku cam kena gigit kelingkiak.tau je la kalau dah kelingkiak gigit mang sakitnyer takleh cakap la kan.so, seperti biasa, aku kalau kena gigit ni aku akan tarik benda yang gigit aku tu.bila aku tarik je, terasa sengatnya tersangkut kat kulit aku. apa lagi, dengan pantasnya aku bangun dan berdiri mintak mak aku tgk apa yang gigit aku.mak pun terjerit kecil(cam ayat lam buku citer lak).apa lagi, mak kibas2 baju aku sampai jatuh lipan tu...tapi aku mang tak sempat la nak bunuh lipan tu sebab duk tahan sakit yang amat sangat. selesai je Isyak, aku terus tido n tak sedar apa lagi dah.tapi sebelum nak lelap tu mang sakitnya Tuan je yang tahu.pusing kiri sakit, pusing kanan sakit.telentang sakit,meniarap lagi la.last2 kiok gak akhirnya.


pagi esoknyer, si dia bawak aku gi klinik.tak sangka kat atas motor tu aku leh terlelap.nyaris tak jatuh. kalau tak...sapa nak update blog ni?hahaha...sampai kat klinik, aku di suntik tiga jenis ubat.dia masuk ikut belakang tapak tangan.ala,yang cam dalam wad tu.pedih nya ubat tu mak aiii..tak leh cakap pe ag dah.kepala pun dah mula berpinar.masa nak jalan balik tu, aku pitam.sib bek si dia benti kat tepi jalan jap kalau tak...sapa nak update blog ni lagi??hahaha...hasil dari gigitan cinta si lipan ni tadi,terbentuk la satu bengkak yang agak besar n cute gak r kat pinggang aku.until now still gatal2 ag.pastu, tempat injection tu pun buleh tahan gatalnyer jugak...iskk...

however, aku bersyukur gak la.doc kata aku ni dalam kategori kuat gak la sebab dapat tahan sampai pagi.ada org tu pas kena sengat terus pengsan.so, ALL THIS BECAUSE OF YOU YA ALLAH YA RABBI...ALHAMDULILLAH...:)


ok r...malam dah agak larut.be4 mak aku nyanyi lagu bila larut malam untuk dodoikan aku, better aku stop dulu.bukan sebab suara mak tak merdu.merdu sesangat cam sore aku cuma,bila dah nyanyi lagu bila larut malam tu kang, tak lain tak bukan mak sedang menyindir suh tido ler tu...ngeh3...so, see u all next typing.gud night n assalamualaikum...(^^,)

Ahad, 20 Februari 2011

AIR MATA..

assalamualaikum semua...mesti korang pelik ngan tajuk aku malam ni kan? air mata. hari ni airmata aku asyik tumpah je...hanya kerana sebuah hubungan. aku tak tau nak cite kat sapa. nak cite kat mak, aku taknak mak sangka dia teruk. nak cite kat member, takut memalukan dia. hanya blog ni je la tempat aku nak luahkan...tambah2 ag aku tau blog aku yang tak berapa ni bukan ramai follower pun...:) tapi mata aku still berkaca masa aku taip blog ni diikuti kepala yang berdenyut2..aku tau, kepala aku berdenyut bukan sebab apa.sebab air mata tak habis2 mengalir dari petang tadi. aku really need someone yang boleh dengar prob aku.tapi aku tak sanggup nak memalukan orang yang aku sayang. semakin lama pendam dalam hati, semakin sesakk je dada aku...kalau la bunuh diri tu satu benda yang mulia di sisi Tuhan, pasti itu yang aku lakukan sekarang. namun meskipun dada ini masih kekurangan ilmu dan ibadah, alhamdulillah aku masih dapat bezakan baik buruk perkara.

kenapa dia taknak faham aku? kenapa dia taknak faham hati aku? kenapa hanya salah aku yang terpampang di mata dia?apakah makna hubungan ni?aku sering nak jaga hati dia.aku selalu usaha menjaga perasaan dia.aku selalu memejam mata jika dia menyinggung hati aku hanya untuk menjaga hubungan yang terikat ini.aku akan buat2 tak nampak jika dia melakukan kesalahan. tapi kenapa bila aku buat kesilapan sikit, dia mempersoalkannya?teruk sangat ke aku di mata dia?aku tau aku tak sempurna. tapi perlu ke dia berkata sesuatu seperti aku ni manusia paling teruk kat muka bumi ni. aku dianggap duduk rumah makan tido makan tido je. aku tau aku gemuk! tapi aku bukannya seteruk tu! aku letih.aku nak rehat. tapi dia tak faham..aku nak tido kejap je. bukan lama...aku memang duduk rumah.tak banyak kerja. tapi aku tak seteruk tu...betapa terhinanya aku rasa Ya Allah...Y_Y

tapi apa yang mampu aku buat hanyalah mengalirkan airmata bersendirian tanpa diketahui oleh sesapa sebabnya hanya untuk menjaga namanya. aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. tapi aku juga punya hati dan perasaan...sudahlah...tiada apa yang mampu aku buat selain dari meluahkan di blog ku ini. terima kasih pada yang membaca...aku menaip kerana aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa lagi...terima kasih semua...assalamualaikum...

Ahad, 13 Februari 2011

BISKUT...

assalamualaikum n selamat malam sumer.. masa aku tulis blog ni aku baru beberapa minit selesai mencuba satu jenis biskut raya yang diberi nama nagasari...cam tajuk filem dolu2 kan?apa nak buat...dah itu namanya. even raya lambat ag, tangan aku ni gatal je nak buat biskut tu...ada ke patut si dia panggil biskut tu naga pakai sari?tau dek kesatuan naga sedunia terang2 kena sue...haahahaha...
tentang rasa kuih tu takyah cakap la...nak kata sodap tu taklah tapi aku tgk mak telan dua tiga ketul tul...kira lulus la ek...bagi aku, kalau tak tertelan kek tekak, memang jelas dan nyata la tak sedap...heheehe...
ishh...keypad 'H' aku prob la...so, if kalau korang terperasan ada tertinggal hurf H tu pepaham la ye...k r, aku selesai kat sini lu...sorry tak sempat upload pic biskut yang aku buat coz aku mang takde kamera pun...eheehe...babai sumer...assalamualaikum...

Selasa, 8 Februari 2011

SEMALAM DAN HARI INI...

assalamualaikum sumer...di malam yang indah lagi syahdu ni tetiba aku teringin nak create something yang berlaku kat aku semenjak dua menjak n tiga menjak ni... 1stly, aku happy sangat2 bila adik, kakak, abg ipar n kuarga paksu aku balik raya cina ari tu. walaupun selama 3 hari plus 2 hari coz yang len dah balik hari ke 3 juz adik aku je balik lambat sket, banyak suka duka yang berlaku...yang suka nya,aku terasa seperti pengumpulan kuarga 7 keturunan plak...hehehe...pastu, suka tgk perut maksu aku yang makin lama makin besau...huhuhu...tak sabar beb nak tunggu anak eh silap...sepupu baru aku lahir...hehehe..wlaupun selama 3 hari aku dibuli oleh kakak n abg beliau yang lahir terlebih dahulu dari beliau(belum lahir lagi),aku mang happy sangat2 sebab aku ni adik sorang je...jadi bila ada adik sepupu ni, sama la sayangnya cam adik sendiri...ijam,syikin n nabil, korang lah adik yang paling happening dalam dunia angah tika ini n for beliau yang sedang angah tunggu, angah doakan maksu selamat melahirkan beliau nanti...amin...tu kisah suka.kisah duka pulak tak perlu kot nak cite kat sini.buat panas hati je buat apa ek...aku juz nak pikir best2 je malam ni...huhuhu...

semalam pulak aku gi hospital dengan si dia. juz scan badan aku je untuk memastiikan aku sihat walafiat...hehehe...jangan risau yek(ada ke yang risau?huhuhu)..pastu aku gi tgk wayang cite haq..so far boleh la tahan cite dia...erm...before wayang bukak, aku n si dia lepak2 minum kat joreka dan tanpa disangka2,soalan yang aku nak elak selama ni di tanya pada aku...isk...gugup gak r aku nak jawab tapi aku still cover cun ag (wlupun aku takdela cun sangat tapi comel tu adala sket). ayat 1st yang kuar dari mulut dia pun mang aku dah agak apa yang dia nak tanya. ayat dia lebih kurang bunyi cenggini r... "abg ada benda nak tanya ni.benda ni dah lama abg pendam." erkk...aku dlm hati dah mula dah...dup dap dup dap...aku mang tahu apa dia nak tanya coz isu ni aku yang mulakan masa kitorang mula2 kenal hinggalah nak dekat setahun bertunang ni...tambah tolak,adala masuk 2tahun...tapi bagi aku tak cukup lama pun...hehehe...korang mesti nak tau apa soalan dia kan3?hahaha...soalan cepucemas yang membuatkan aku rasa seperti dicepuk dalam keadaan cemas.err..something like that la...sebenarnya si dia menyoal aku,"kenapa susah sangat ayang nak say i love u kat abg??"masa tu aku hanya mampu ketap bibir mencari idea yang bernas untuk menjawab.yang takleh blah dia siap ulang lam bahasa melayu lak.."kenapa mesti dah kawin baru nak ucap ayang cinta kat abg?selagi ayang tak ucap cinta kat abg,selagi tu abg gelisah.." Ya Allah, masa tu aku mang blur habis.lidah aku ni kelu n nasib baik gagap aku tak datang masa tu.hello, aku bukan gagap k juz kalau dah gabra sangat mula la tak tentu hala nak bercakap..sambung balik,aku pun jawab la apa yang sebenarnya.aku bukan taknak say i love u kat dia cuma since clash ngan pakwe sebelum ni yang sengal duk kecewakan aku, aku dah janji dengan diri aku, aku hanya akan bercinta dengan suami aku je.so, dalam erti kata lain, kalau aku ucapkan kata2 keramat tu sebalum aku bernikah dengan dia,sama la aku langgar janji aku sendiri.lagipun, mula2 bertunang perasaan cinta tu mang takde ag lam hati aku untuk dia. hati aku ni nampak cam lembut,keras nak mampos ade ler...cuma makin nak dekat tarikh kawin ni(takde r dekat sangat,ada 10 bulan ag),hati aku ni dah mula terjentik perasaan cinta tu sket demi sket.tapi mulut ni masih berat nak ucapkan kata2 tu.dan hal ini,hanya aku dan yang baca blog ni je tau hehehe...aku xtually tak sanggup nak rasa sakitnya putus cinta lagi dah. cukupla dulu hati aku hancur lebur dibuat oleh "seng" sorang tu.aku taknak lagi.tapi untuk tunang aku ni,tak cinta bukan makna tak sayang kan?aku sayang giler kat dia walaupun kami ni kadang2 kalau gaduh sampai rasa nak cekik leher masing2,tapi so far,tak dela sampai tahap nak putus tunang.insyaAllah, dengan restu mak aku n mak ayah dia, hubungan kami akan bahagia dan sentiasa dilindungi Tuhan...insyaAllah,amin...

dan hari ni,tunang aku demam kuat sebab kaki dia bengkak tanpa diketahui puncanya. aku harap dia cepat sembuh.hari ni aku temper sket ngan dia...bukan apa, stress memikiirkan duit.maklum la, kitorang nak kawin.tapi kalau dia duk mc je, camana nak kumpul wit? dengar cam kejam kan? tapi sapa yang ada kat tempat aku, dia akan faham apa yang aku rasa. tapi malam ni aku dah sejuk sket.sian kat dia. aku anggap ni semua dugaan orang bertunang cam kami...moga abg cepat sembuh..amin...

lastly, aku lega dapat curahkan segalanya kat sini...bila di lihat kembali, panjang gak aku taip kan?hahaha...lantak ler...bila kepala duk banyak pikir, gini ler...hehehe...anyway, thanks for semua yang membaca curahan aku kali ni.kalau ada pape pendapat or nasihat, sila2lah komen ye...jasa u olz ku kenang...hehehe...bye sumer...good night,sleep tight n sweet dream...wassalam...

Isnin, 24 Januari 2011

BERITA BAIK!!!

assalamualaikum semua!!huhuhu...hari ni ada berita baik...doktor pakar kata aku bebas dari ketulan tersebut...huhuhu...suka neh...tapi aku still kena gi scan jugak tapi tu sumer juz check up biasa.yang penting, doktor pakar dah bagi jawapan yang memang buat aku tido lena malam ni...best sangat2...hehehe...ok la...aku nak layan tido puas2 malam ni...hehehe...babai sumer...wassalam...

Rabu, 19 Januari 2011

KLINIK...

hari ni aku gi klinik untuk appointment mak n aku sendiri. letih giler ke hulu,ke hilir untuk confirmkan sakit mak. berair mata aku bila doktor kata paru2 mak banyak air.sedih sangat...pastu, turn aku pulak.breast aku mang sakit sangat semenjak dua menjak ni.pas check tadi, doktor jumpa dua ketulan. peh...rasa cam nak tercabut kepala aku ni...then jawab pulak kajian ttg stress.amik kau,diorang kata aku mengalami gelisah yang serius. sapa tak resah bila satu2 benda datang kat otak aku ni.tapi nak cover dari mak, puas aku tahan air mata aku.ari isnin ni gi jumpa doktor pakar pulak kat seremban untuk check ketulan tu.hopefully nothing serius la. kalau benda tu betul wujud, ha baru la di namakan masalah besar. mana nak jaga mak yang sakit lagi.aku yang sakit lagi. kakak n adik aku pun sakit. sapa yang nak aku harapkan...eiii...mintak dijauhkan dari penyakit "ketul" tu n penyakit2 yang lain...migrain aku dari pagi sampai la ni still tak ilang ag. camana aku tak stress,camana darah aku tak naik..haduiiii....papepun aku mmg runsing menjelang isnin ni...aku takut sangat.dah la x lama lagi nak kawin. agak2 kalau benda tu betul ada, tunang aku still sayang kat aku lagi ke tak ek?mhmm...tu pun merunsingkan kepala hotak aku ni gak.nauzubillah...ainie,don't let urself down dear...don't stop never give up! kan itu yang ko belajar dari kem dulu...so, this time to prove it true...ainie,never give up!!
hehehe...ok guys,hope u all stay pray for me n my family life...segala doa kalian amat bermakna buat diriku...i love u all...(^^,)