Rabu, 29 Disember 2010

HIDUPKU...

assalamualaikum sumer...
lama sangat tak update blog...banyak sebenarnya perkara yang terjadi yang perlu diluahkan. cuma tak mampu untuk diluahkan di sini...aku tak pasti apa yang perlu aku buat. aku nak kerja. tapi bila fikirkan kesihatan mak, aku serba salah nak tinggalkan mak.even untuk 8 jam sekali pun. tapi kalau aku tak bekerja, macamana aku nak bayar PTPTN...mana nak kawin lagi...kawin aku tak pikir sangat.sampai jodoh aku, pasti kawin. yang penting sekarang, aku sedih sebab tak mampu bagi mak makanan berkhasiat. doktor mudah cakap, bagi benda rebus2.apa yang aku nak rebuskan?telur mak aku takleh makan. ikan n ayam? mana nak cari...nak keluar ke kedai pun aku susah. tambang lagi. ramai orang kata, aku membazir duit jkm dengan bil astro n internet. tapi fikirlah sket. mak aku tak leh jalan, terlantar je kat atas katil. apa lagi kesenangan yang boleh aku bagi kat dia?tv adalah satu2 hiburan yang aku rasa boleh menghiburkan mak kalau aku keluar gi memana. dahlah mak duk kat umah je,takkan duk umah nak tgk tv yang tak berapa elok gambarnya?
internet pulak, adik aku yang masukkan sebab mudah untuk dia buat kerja IT dia bila balik kg. tapi sebagai kakak,takkan aku nak biarkan adik aku yang masih blajar bayar bil sedangkan aku yang guna internet ni kat umah masa dia blajar kat kl.ini pun kadang2 dia bayar bila dapat duit pinjaman dia. terbalik kan? kadang2 aku rasa cam aku ni anak n kakak tak guna je...mana taknya,patutnya aku mampu tanggung mak n adik aku ngan diploma yang aku ada, tapi aku malah gunakan duit jkm mak.tapi apa boleh aku buat?aku berbelah bagi nak cari keje.
sekarang ni pun mak asyik batuk2 je..risau aku..nak bawak gi klinik, duit takde kat tangan.nak pinjam duit orang, takut tak berbayar nanti.ada gak yang kata aku ni ego.taknak mintak tolong kat orang. tapi aku tak kisah orang nak cakap apa.bukan taknak mintak tolong,bila mintak tolong je,aku sedih kalau orang kata,'saya tak dapat tolong','saya pun orang susah','minyak takdelah,bukan taknak tolong.' dan macam2 ayat lagi.hati aku tak kuat.
bila mak aku sakit, orang kampung tanya,tak mintak tolong org sebelah ke?orang terdekat ke?cakap senang tapi yang mintak tolong aku.aku kena pikir gak kehidupan orang sekeliling.diorang anak2 sumer sekolah. takkan aku nak menyusahkan hidup diorang lagi. aku buntu.aku masih berfikir,nak cari jalan untuk bantu mak.kakak aku ajak aku keje kat kl.dia kata dia pun nak jaga mak. bukan aku tak bagi,cuma aku fikir,kalau aku tak dapat kerja kat kl tu camana?mhmm...buntu2...ha, masa ni mulalah aku nak buat sikap yang dibenci org. sikap ambil mudah. orang ramai marah aku sebab aku suka ambil mudah sumer perkara. xtually, tak sumer perkara aku mudahkan. cuma perkara2 yang aku rasa remeh n kecik je aku malas nak pikir banyak2. salah ke?aku skang dah ada darah tinggi.ni pun dah brapa lama miss ubat. ni la kelemahan aku. pemalas makan ubat. risau gak sejak ada hipertension ni,aku senang kena demam. tak macam dulu. satu family aku sakit, aku relek ag...
mhmm...biarlah aku stop kat sini lu...bukan airmata je,air hidung pun dah kuar nih...hehehe...anyway, tq pada sesapa yang sudi singgah n baca blog aku yang dah macam patung cendana ni...apa taknya,duk kena dengar masalah aku je...hehehe...babai...wasalam...

Sabtu, 4 Disember 2010

HARI NI...

Hari ni aku dah marah dia sangat2...mesti dia nyesal dapat tunang cam aku...aku sendiri tak yakin aku dapat bahagiakan dia nanti. aku marah sebab aku nak jaga hati banyak pihak. tapi mesti dia kecik hati sangat2...takpelah.aku dapat rasa, pas kawin nanti mesti dia banyak simpan dendam kat aku...tapi xpela...dah kawin nanti aku akan cuba menyayangi dia sepenuh hati aku.aku akan cuba terima baik buruk dia sebaik mungkin.insyaAllah...