Rabu, 29 Disember 2010

HIDUPKU...

assalamualaikum sumer...
lama sangat tak update blog...banyak sebenarnya perkara yang terjadi yang perlu diluahkan. cuma tak mampu untuk diluahkan di sini...aku tak pasti apa yang perlu aku buat. aku nak kerja. tapi bila fikirkan kesihatan mak, aku serba salah nak tinggalkan mak.even untuk 8 jam sekali pun. tapi kalau aku tak bekerja, macamana aku nak bayar PTPTN...mana nak kawin lagi...kawin aku tak pikir sangat.sampai jodoh aku, pasti kawin. yang penting sekarang, aku sedih sebab tak mampu bagi mak makanan berkhasiat. doktor mudah cakap, bagi benda rebus2.apa yang aku nak rebuskan?telur mak aku takleh makan. ikan n ayam? mana nak cari...nak keluar ke kedai pun aku susah. tambang lagi. ramai orang kata, aku membazir duit jkm dengan bil astro n internet. tapi fikirlah sket. mak aku tak leh jalan, terlantar je kat atas katil. apa lagi kesenangan yang boleh aku bagi kat dia?tv adalah satu2 hiburan yang aku rasa boleh menghiburkan mak kalau aku keluar gi memana. dahlah mak duk kat umah je,takkan duk umah nak tgk tv yang tak berapa elok gambarnya?
internet pulak, adik aku yang masukkan sebab mudah untuk dia buat kerja IT dia bila balik kg. tapi sebagai kakak,takkan aku nak biarkan adik aku yang masih blajar bayar bil sedangkan aku yang guna internet ni kat umah masa dia blajar kat kl.ini pun kadang2 dia bayar bila dapat duit pinjaman dia. terbalik kan? kadang2 aku rasa cam aku ni anak n kakak tak guna je...mana taknya,patutnya aku mampu tanggung mak n adik aku ngan diploma yang aku ada, tapi aku malah gunakan duit jkm mak.tapi apa boleh aku buat?aku berbelah bagi nak cari keje.
sekarang ni pun mak asyik batuk2 je..risau aku..nak bawak gi klinik, duit takde kat tangan.nak pinjam duit orang, takut tak berbayar nanti.ada gak yang kata aku ni ego.taknak mintak tolong kat orang. tapi aku tak kisah orang nak cakap apa.bukan taknak mintak tolong,bila mintak tolong je,aku sedih kalau orang kata,'saya tak dapat tolong','saya pun orang susah','minyak takdelah,bukan taknak tolong.' dan macam2 ayat lagi.hati aku tak kuat.
bila mak aku sakit, orang kampung tanya,tak mintak tolong org sebelah ke?orang terdekat ke?cakap senang tapi yang mintak tolong aku.aku kena pikir gak kehidupan orang sekeliling.diorang anak2 sumer sekolah. takkan aku nak menyusahkan hidup diorang lagi. aku buntu.aku masih berfikir,nak cari jalan untuk bantu mak.kakak aku ajak aku keje kat kl.dia kata dia pun nak jaga mak. bukan aku tak bagi,cuma aku fikir,kalau aku tak dapat kerja kat kl tu camana?mhmm...buntu2...ha, masa ni mulalah aku nak buat sikap yang dibenci org. sikap ambil mudah. orang ramai marah aku sebab aku suka ambil mudah sumer perkara. xtually, tak sumer perkara aku mudahkan. cuma perkara2 yang aku rasa remeh n kecik je aku malas nak pikir banyak2. salah ke?aku skang dah ada darah tinggi.ni pun dah brapa lama miss ubat. ni la kelemahan aku. pemalas makan ubat. risau gak sejak ada hipertension ni,aku senang kena demam. tak macam dulu. satu family aku sakit, aku relek ag...
mhmm...biarlah aku stop kat sini lu...bukan airmata je,air hidung pun dah kuar nih...hehehe...anyway, tq pada sesapa yang sudi singgah n baca blog aku yang dah macam patung cendana ni...apa taknya,duk kena dengar masalah aku je...hehehe...babai...wasalam...

Sabtu, 4 Disember 2010

HARI NI...

Hari ni aku dah marah dia sangat2...mesti dia nyesal dapat tunang cam aku...aku sendiri tak yakin aku dapat bahagiakan dia nanti. aku marah sebab aku nak jaga hati banyak pihak. tapi mesti dia kecik hati sangat2...takpelah.aku dapat rasa, pas kawin nanti mesti dia banyak simpan dendam kat aku...tapi xpela...dah kawin nanti aku akan cuba menyayangi dia sepenuh hati aku.aku akan cuba terima baik buruk dia sebaik mungkin.insyaAllah...

Jumaat, 8 Oktober 2010

PANAS...PANAS....

salam guys!!dah lama tak update blog...hari ni hari ketiga aku kat umah selepas dua minggu kat sepital. dua minggu kat wad 2B tu buat aku panas je. sib bek krisis ngan guard kurang tak macam slalu. tapi skang krisis ngan tikus lak.banyak giler! yang aku tak larat tu kalau tgk bangkai tikus.cam nak histeria di buatnyer. yang aku pelik tu,dah ada orang kena gigit tikus,baru hospital nak amik tindakan. tu pun diorang letak racun tikus je.banyak gak diorang dapat. tapi banyak anak tikus je le...baby2 tikus yang merah2 tuh! geliiiiiiiiiiiii!
tapi tu baby dia je. mak, ayah, atuk n nenek tikus tu still bekeliaran ag kat wad tu. aku rasa tikus pun dah pandai bezakan mana makanan, mana racun n mana perangkap.maklum ler, zaman IT ni, tikus pun celik IT. bijak pandai masing2... tapi sampai ati dia ekor tinggalkan baby2 eh...
member aku yang jaga mak dia dah try nak snap some pic untuk dijadikan bukti untuk ditunjuk kat sister yang susah sangat nak caya kewujudan tikus kat wad eh. tapi malangnyer, tikus tu very low profile. baru nak snap, dah cabut. penyegan bebenor gamaknyer...
bila report kat sister wad, dia leh salahkan kitorang bawak makanan banyak2. kalau takde stok makanan, kitorang nak makan apa?ada ke wad sponsor makanan untuk kitorang?mang tak la jawabnyer. kalau ada pun dapat dari belas ihsan amah2 yang baik2 hati...
Then, lagi satu yang wat aku panas, kusi malas sister tak bagi bawak ag dah. dia kata,, pengarah HTJS tak bagi. dia cakap, pengarah kata, kalau nak jaga, pakai kusi yang diorang supply. kalau nak tido, pi balik umah. peh...cakap mang sedap cuba try tido atas kusi yang diorang supply satu malam tgk? kalau tak bengkak kaki, balik umah confirm suh bini urut. cam beliau tu leh r ada bini. dapat cam aku ni? aku bukan sehari dua nak jaga mak aku.berminggu2. tapi yelah, aku tak nafikan, orang kaya apa yang diorang paham pasal kita yang sederhana ni. tapi aku sedih r gak. agak tak wajar r kalau kusi malas takleh bawak.aku tau, diorang tak bagi sebab ada makhluk2 yang tak reti susun time pas pakai kusi malas. tapi takkan sebab nila setitik, abis susu sebelanga? at least, tunjuk r belas sket kat kami2 yang menjaga ni.
However, sorry to sister wad 2B HTJS. aku bukan taknak dengar cakap dia, cuma aku pikir masa depan. kalau aku tak tido atas kusi malas, nanti aku sakit, sapa nak jaga mak aku?dia penah cakap ngan mak aku, dia kat umah bukan jenis ngadap sesama sendiri tapi aku n family aku lain.kitorang perlu berkumpul n mengadap sesama sendiri. orang yang tak ngadap sesama sendiri ni orang yang kurang kasih sayang. bia la nak marah ke,kata aku degil skalipun, aku tak dulik. janji aku tak kacau orang.

oklah, dah lewat sangat dah ni. aku dah 2x nguap.cukup 3x, aku pun out of service.huhuhu... One more, korang mesti nak tau condition mak aku kan?Alhamdulillah, mak aku dah semakin sihat cuma luka kakinya masih perlu di perhatikan serius. terima kasih atas doa2 dari kalian semua. hanya Tuhan yang akan membelas doa2 kalian...lastly, gudnight...(^^,)

Isnin, 20 September 2010

MAK...

Assalamualaikum sumer...skang ni aku ngah duk depan bilik operation. mak dah masuk dalam bilik ni since kul 7lebih tadi.aku cuba tabahkan hati...ntah kenapa, hati aku sedih sangat.aku tahu, mak pun sedih cuma mak xnak aku sedih sama. tapi tanpa pengetahuan mak aku banyak nangis. aku harap mak cepat sihat.aku ingat nak luahkan sumer kat cni. tapi aku sedih sangat sampai xtau apa nak tulis...aku harap, sesapa yang baca blog aku ni,doakan kesihatan mak aku ye...makasih sangat2...wassalam...

Rabu, 15 September 2010

BADMOOD..

Salam sumer...hari ni aku on9 petang sebab malam kang nak wat kuih sepit ag. hari ni aku hangin n sedey sangat2...aku sedey tgk adik aku ngan kawan2 dia. bila adik aku tau kawan2 dia nak datang,dia terus siap2 ngan harapan kawan2 dia ajak dia gi beraya sama. tapi harapan hanya tinggal harapan. sorang pun kawan2 dia tak ajak...
mengalir airmata aku tgk adik aku.mentang2 r adik aku tak macam diorang, diorang tak teringat pun nak ajak. aku faham perasaan dia sebab masa sekolah dulu pun aku selalu tak diendahkan...
tapi aku tak berdendam pun sebab aku tau aku gemuk. tak mudah orang nak kawan rapat ngan aku kalau dia betul2 tak faham perasaan orang cam aku.
tapi aku betul2 tak puas hati bila orang wat adik aku camtu. sayu hati aku ni. aku harap next year, aku mampu beli kete. takyah nak numpang2 org agik...
k r...aku nak bagi mood aku pulih lu...see u at the next notes...wassalam...

Selasa, 14 September 2010

SELAMAT HARI RAYA!!!




Selamat Hari Raya...lama giler tak update blog...bukan apa, aku sibuk sangat wat kuih raya. tapi tahun ni aku tak pat jual kuih banyak2...modal tahun ni kureng. walau apapun raya kali ni paling happening lam hidup aku. kalau bagi budak2,raya paling happening when dapat duit raya banyak2.tapi bagi aku, raya tahun ni happening sebab aku dapat kumpul ramai2 ngan family aku walaupun family aku kecik je...
pastu, aku happy sebab rendang,kuah kacang n sumer masakan raya tahun ni,mak yang masak...agak lama gak r aku tak rasa masakan mak.since mak xleh jalan, aku je yang masak...xtually, aku bosan ngan masakan aku sebenarnya sebab tak sedap pun ye gak...huhuhu...

Malam raya pertama, aku wat bbq sate ngan family aku...mula2 risau gak takut takde yang datang.tapi Alhamdulillah,ramai gak yang datang.sib baik ada maksu aku yang cun n pandai masak.kalau tak, gabra gak aku nak masak untuk org ramai ni even bihun goreng sekalipun...makaceh maksu... (^^,)

Ha...gambar2 kat bawah ni gambar masa bbq tu...ni je yang sempat kitorang snap...okla dari takde kan...



selain tu, aku berterimakasih sangat2 kat member2 yang datang beraya kat umah aku...makasih sebab memeriahkan lagi raya aku kali ni....(^^,)

erm...rasanya tu je la update aku kali ni...nanti any news, aku share ag ngan korang ek...selamat hari raya....maaf zahir dan batin...(^^,)

Khamis, 19 Ogos 2010

DUIT...

salam sumer...actually note hujan tu aku tulis 3hari lepas.cuma tetiba black out lak...tu yang xpat publish tuh...hari ni nampaknyer last aku wat kueh raya untuk jual sebab modal aku dah habis...sedih hati aku...raya kali ni aku tak pat bagi mak aku duitt cam tahun lepas...rasa cam aku ni anak tak berguna je...tapi takpela...aku dah cuba sedaya upaya...

Mak, mak bersabar ye...angah sayang mak sangat2...mungkin sekarang ni belum rezeki angah nak bagi mak duit cam anak2 yang lain...insyaAllah, berkat doa mak, angah akan bekerja dan mak pun akan sembuh n happy2 cam dulu...('',)

k r...hope sesapa yang ikuti or terbaca catatan ni, doakan kesihatan mak aku ye...aku stop dulu la...dah tengah malam ni...assalamualaikum....(^^,)

Isnin, 16 Ogos 2010

HUJAN

salam sumerr...dah beberapa hari hujan lebat belah petang kat tempat aku ni.semalam je aku terpaksa mandi hujan dek nak kawal air dari masuk lam umah. tiba2,masa aku lepak lam hujan tu,aku termenung. aku pun tak tau napa tiba2 hati aku sayu je masa duk dalam hujan tu. mata aku berair je... aku terkenangkan kaki mak yang bengkak. hati aku risau sangat.mungkin di mata org lain, aku tak nampak risau, tapi Tuhan je yang tahu hati aku ni...

Rabu, 11 Ogos 2010

TERAWIKH PERTAMA...

salam sumer...malam ni terawikh pertama aku...dugaan tul puasa lam keadaan batuk dan selsema ni...dah macam org sakit paru2 dah(aku agak je sakit tu..hehe)...alhamdulillah, malam ni aku dapat sempurnakan terawikh aku...tenang gak r hati aku malam ni...cuma aku kadang2 tak tahan ngan batuk n selsema ni...masa aku taip note ni pun aku ngah pening pale...k r, aku nak tidur lu.esok nak bangun sahur lagi...selamat berpuasa semua... :)

Selasa, 10 Ogos 2010

MALAM PERTAMA RAMADHAN...

Salam Ramadhan sumer...ha, malam ni malam pertama Ramadhan...selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna...hope sumer dapat berkat dan menambahkan amalan2 yang baik di bulan puasa yang mulia ni...aku pun harap aku dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik serta mempertingkatkan amalan2 lain dalam diri aku yang lemah ni...
Semoga aku diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma(agak tinggi bahasa aku ni..hehe..) dalam diri aku ni...biasala kan.sampai bila kita nak stay kat takuk lama. mungkin aku belum berpeluang untuk melakukan improvement dari segi luaran...mana tau aku leh improve dalaman aku...dua2 kan penting...(^^,)
k r sumer..dah lewat ni...aku kena stop lu...takut terlajak lak besok nak bangun sahur...lagipun esok nak kena bawak mak check mata kat hospital seremban...
selamat malam sumer...(^^,)

Jumaat, 6 Ogos 2010

RAMADHAN YANG SEMAKIN HAMPIR..

salam sumer...bulan Ramadhan hampir menjelang tiba. entah kenapa hati aku ni tetiba rindukan suasana Ramadhan. aku harap,Ramadhan tahun ni banyak memberi hidayah pada aku... Aku rindu sangat2...tak tau kenapa. tahun2 lepas aku taj rasa sangat...mungkin dalam masa setahun ni, terlalu banyak dugaan yang aku hadapi. tapi aku terima sumer dugaan tu...aku sedar, sebesar mana dugaan yang aku lalui belum tentu dapat mencuci segala dosa yang aku lakukan sepanjang hidup ku...
Kaki mak bengkak lagi.aku nak bawak mak gi hospital,tapi mak taknak. :(
apa aku nak buat?harap2 mak cepat sihat...bila bercerita tentang mak, airmata aku mesti bertakung.
mak, angah sayang mak sangat2...cepat sembuh ye...angah nak raya ngan mak kat umah...angah yakin, mak mesti cepat sembuh.mak kan seorang yang tabah...takde pompuan setabah mak yang angah jumpa...
k la, sampai sini je coretan aku hari ni...jumpa lagi catatan akan datang..wasalam...

Khamis, 5 Ogos 2010

Mhmmm....

salam sumer...aku dah dua hari balik umah.rasa lega gak bila dah balik umah sendiri ni...walaupun banyak giler benda aku kena settle down,tapi overall okey.

is about my fiance.erkhhhhhhhhh!aku harap sangat aku dapat sabar segala dugaan org bertunang ni...kalau org lain dugaan kena kawal nafsu,aku ni dugaan untuk menjaga nama baik sumer pihak...bayangkan la,kalau dia nak datang umah aku, for sure muncung aku leh wat penyidai.aku bukan tak sayang dia.cuma aku nak mengelak dari gejala maksiat dan fitnah org kampung.ikutkan hati aku rasa solo lagi bagus.tapi aku dah melangkah satu tahap.mustahil lah aku nak hentikan separuh jalan.aku nak idup berkeluarga tapi aku harap sangat dia faham situasi aku.aku rasa, gaduh ni akan berkurangan sekiranya aku dan dia ada ikatan yang sah.takdelah aku fikir fitnah org ag..lagi satu, kalau aku takde depan dia, mesti asyik gaduh lam mesej je. nyampah aku!rasa cam nak jerit je kuat2...Ya Allah,kuatkanlah sifat sabarku dan teguhkanlah iman kat dada ku ini.hanya Kau yang Maha Mengetahui segala-galanya...amin....

ok r guys, aku pun ngantuk nak tido.sorry if catatan aku malam ni agak kurang sedap di baca.tapi aku need sumthing yang leh bagi aku release sket....ok, gud nite.wassalam...

Sabtu, 31 Julai 2010

BALIK KAMPUNG!!!

Hari selasa ni aku akan balik ke pedas balik. Bestnyer....bukan apa, bak kata org,cantik2 tempat orang, tempat kita gak yang sentiasa di hati. walaupun umah aku telah dimasuki air banjir,tapi sume tu leh settle. Baru sebulan tinggal umah,mmg banyak giler aku kena sttle. pape pun, hati aku ni berlumba2 nak balik.tak tau napa. mubgkin terlampau rindu kat umah kot. dan hati aku bertekad untuk melakukan sesuatu. nak tau apa?hehehe...rahsia kehidupan tu. sorry yek...ada benda lam hidup ni kita boleh share,tapi ada benda yang lebih baik untuk dirahsiakan. biar hanya aku dan Allah s.w.t je yang tahu... :)
ok r...aku beransur lu. nanti ada masa aku mencoret ag lam blog ni...mencoret k,not mencarut...huhuhu...assalamualaikum.....

Sabtu, 10 Julai 2010

BUKIT BELACAN...

salam sumer...ari ni genap seminggu aku kat sini...rindu pulak kat umah...tambah2 bila line internet kat sini agak sedikit sengal!rindunyer...kat streamyx kat umah...barang2 kat sini pun agak susah nak cari.kena gi care4 baru dapat banyak barang...flat ni harap banyak kedai je...tapi nak cari wipes pun seksa.ni pun untung nasib dapat on9 sat...
aku nak wat kueh raya...tapi balang2 kueh kat sini tak pulang modal r...satu balang 3rgt...dah le modal pinjam kat org...tapi takpe,when aku dah balik pedas, i'll try my best wat sebanyak mungkin...ok r...nanti kalau ada pape...aku update ag...peaceeeeeeeeee!!!(^^,)

Jumaat, 2 Julai 2010

PERTUNANGANKU...

masuk bulan ni, dah masuk 5 bulan tempoh pertunangan aku ngan abg mizan..terlalu banyak cabaran yang menduga perhubungan kami...terlalu banyak airmata kami gugur demi mempertahankan perhubungan ni...segala pengalaman ini membuatkan hati aku makin teruji...kasih sayang aku pada dia tidak dapat aku sembunyikan lagi...hanya aku dan Tuhan sahaja yang tau betapa aku sangat menyayangi dia...

Abg, mungkin abg belum dapat merasai kasih sayang ayang pada abg ketika ini. Terlalu banyak hati dan perasaan perlu ayang jaga...namun,ayang berjanji pada diri ayang,ayang akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan solehah untuk abg setelah ijab dan kabul menjadi saksi hubungan antara kita...Ayang sayangggg abg sangat2...semoga hubungan kita dirahmati dan berkekalan sehingga akhir hayat kita...i luv u abg mizan...(^3^)

assalamualaikum sumer....

lama sungguh aku tak tulis blog aku ni....hari ni masuk hari ke enam aku makan super maxx 5+1...harap2,apa yang aku rancang dan impikan, menjadi kenyataan.(^^,)