Isnin, 16 Januari 2012

LAGI DUA BULAN

assalamualaikum bloggers semua...lama sangat2 aku tak tulis blog ni. bukan apa, aku ni mungkin tak macam bloggers lain yang hampir setiap hari sharing life diorang lam blog. bagi aku, dalam hidup ni, ada yang boleh dikongsi dan ada yang harus kita simpan untuk tidak mengaibkan org lain walaupun kita tak mention nama sesiapa lam blog kita. (^^,)

Anyway, mesti ada antara korang leh agak apa yang lagi dua bulan tu kan?ya betul!! lagi dua bulan gelaran 'cik' aku akan bertukar 'Puan' Puan Ainie, huhuhu...aku sendiri tak caya begitu cepat masa berlalu. nak sebut pasall persiapan? erm...persiapan aku masih in progress around 60% yang dah siap. lagi 40 % tu termasuklah hantaran, panca, makanan, souvenier, baju, bilik, langsir dll.

-hantaran aku baru separuh siap sebab ada skit kakak aku sponsor, n macam hantaran makanan pun tak siap lagi...

-Panca pulak mesti ramai yang tak tahu apa itu panca kan? panca ni merupakan salah satu adat Negeri Sembilan. alah, yang cucuk bunga telur tu.bukan bunga pahar taw. ni panca untuk kita berikan pada pihak lelaki masa sambut mereka. selalunya penyerahan panca ni dilakukan oleh Tok Lembaga ataupun Buapak mengikut suku masing. panca ini diisi dengan dodol, pulut kuning dan wajik. aku tak jumpa gambar lam uncle google, so tak dapat nak gambarkan kat korang.hehehe...sorry.

-makanan biasalah, orang negeri sembilan mana lepas ngan masak lomakcili api dia...ehehe...tapi tu sumer aku upah orang masak je. ramai gak tanya napa aku tak buat gotong royong. nak tau jawapannya??nak save budget la yang...kalau gotong royong ni paling kurang kena tumbang lembu atau kerbau sekor.kalau kita guna daging kotak, mang payah. tambah2 orang2 kampung yang tukang masak ni sah2 la akan tapau2. aku bukan kedekut cuma ikut bajet la. kalau semua habis ditapau,, tinggal apa je untuk bagi kat tetamu. so, aku decide upah masak je. bagi aku, tu lagi jimat.

-souvenier or beg goodies. aku plan nak wat cupcake sendiri.hope menjadilah rancangan aku ni...:)

-baju nikah, aku sebat baju tunang dulu je. baju sanding biasa r lau dah saiz 4XL cam aku ni, kena tempahla gamaknya...sebab tu aku tak buat baju nikah baru sebab nak save bajet..huhu

-tang bilik n langsir masih dalam proses berfikir. poning palo den ha...(^^,)

pendek kata, majlis perkahwinan aku kali ni boleh dikatakan majlis bajet. sumer benda pk sal bajet je...tak salah kot sebab yang penting bagi aku pernikahan kami berjalan lancar dan direstui kedua-dua belah pihak.aku harap tempoh 2 bulan yang ada ni segala yang dirancang berjalan lancar, insyaAllah amin... sampai sini je la aku tulis yer. buat sesiapa yang baca blog aku ni, doakan majlis perkahwinan aku nanti berjalan lancar yer...moga korang semua dirahmati Allah swt selalu...sekian, wassalam...(^^,)