Rabu, 27 April 2011

ORANG YANG AGAK KURANG AJAR

assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!(chewahhh...ada gaya pemberita tak?hik3) gaya je ada tapi keje takde tak guna gak kan2?;p
ok,untuk tajuk blog aku malam ni adallah kisah benar yang aku hadapi sendiri pada hari ni. aku ni nak kata beradab sangat tu takde la tapi taklah biadab kan. aku cuma bengang dengan seseparuh orang yang tak pernah and tak langsung pedulikan hati dan perasaan orang lain.aku pun kadang2 pentingkan diri gak tapi tgk masa, tempat dan situasi gak la. aku pun tak la sempurna tapi tak salah kot aku tegur atas dasar sesama manusia.kat sini ada dua cerita aku nak share kat sini.memang panas gak r.

for the 1st situation, berlaku di kedai makan masa aku teman seorang sahabat aku ke seremban petang tadi atas sebab peribadi dia la. aku just teman je. masa kat kedai makan tu aku order bihun kantonis n sahabat aku order nasi goreng paprik. menu sangat biasa. then aku juga order makanan for my lovely mum, nasi goreng paprik gak.aku order nasi goreng paprik tu tanpa telur.ye r, several restoran nasi goreng nyer sume diletak telur.that's y aku order camtu. seab mak aku tak leh makan telur.kencing manis.ok,settle order n dapat je order takkan la kitorang bertafakur lak kan?of course r makan.tengah2 duk makan n borak2 tu, aku dengar orang terpekik2 sebut nasi ayam ke nasi goreng paprik.kuat lak tu.aku rasa satu restoran tu dengar kot maklum la dapur dia ngan tempat cashier selang satu langkah je kalau tolak meja penghadang tu.dan tempat duduk aku lak sebelah cashier. aku pun pandang r kat orang yang tengah kecoh2 tu.dari dia membebel2 kuat2 pasal order tu,otomatically aku tau r dia sebut sal order aku.mendidih gak r ati aku tadi.tapi aku sabar lagi.datang la adik pelayan tadi tanya aku sal order aku tadi. aku repeat r order aku balik.dah dapat terus senyap.tapi aku tekad nak sound dia balik masa bayar nanti. then the time's coming,aku tenung je org yang menjerit cam dia sorang tukang masak lam dunia ni tadi.mungkin ALLAH SWT tu MAHA KUASA,aku jadi tak tergamak nak sound dia.coz kalau aku sound dia, aku ngan dia sama je la.so, aku decide untuk cakap kat adik cashier tadi baik2 gini,"adik,cakap kat akak yang marah2 salorder tadi, kalau takpuas hati, tanya jekat customer terus.jangan la jerit2 camtu. malu customer n agak kurang manis la..." aku mengucapkan kata2 tu ngan lembut dan senyuman. masa aku cakap tu, hati aku ni berdetupdetap berdebar2.mungkin sebab akuu tengah tahan marah kot...so, settle la kes tu.

kitorang pun balik n sampai kat senawang, ujan lebat giler.so, sahabat aku ni pun bawak kete slow2.sampai kat rumah dah pukul 6. timbul lah second situation. aku sampai je kat rumah,tgk pintu rumah aku ternganga jer.jangan kata kambing, lembu pun leh masuk pintu rumah ternganga camtu.aku relek ag coz aku ingat ada orang kat rumah sebab aku ada mintakkan jiran aku belikan pampers untuk mak.aku bagi salam, mak aku sorang jeyang jawab.selipar jiran aku pun takde kat luar tapi pintu ternganga.aku tanya mak,mak cakap ada orang jual mesin air suling datang tadi. orang tu puas manja2kan diri dan menggedik2 pujuk mak aku beli mesin tu tapi mak aku mang tak la nak beli especially aku takde kat umah. pastu dia kuar ngan air muka dah macam apa ntah aku tak tau r tapi jelas la dia bengang sebab mak aku tak beli produk dia. eh, sukati ler org nak beli ke tak.adat berniaga, tak sumer nak beli produk kita. so, dengan kurang ajarnyer dia kuar umah dan biarkan pintu rumah aku terpampang. bayang kan, diorang tinggal kan umah aku dalam 5.30 camtu, n aku sampai kat umah kul 6. dalam masa setengah jam tu, macam2 boleh jadi taw x?? dia tak fikir ke keselamatan mak aku?macam mana mak aku yang takde kaki sebelah nak berjalan untuk tutup pintu.tak pikir ke???dibuatnya penyamun masuk ke rumah aku n cederakan mak aku camana?x pikir ke???mengaku belajar di universiti tapi adab sopan keluar masuk rumah orang takde. kalau camtu, ilmu tinggi melangit pun tak guna la sis.muka lawa pun tak guna kalau takde hati perasaan.tau la marah orang taknak beli produk dia.tapi camana pintu time kau masuk, camtu jugaklah time kau keluar.biar muka tak lawa beb,tapi budi bahasa dan adab sopan tinggi.

however,Alhamdulillah aku cepat balik dan tutup pintu. TERIIMA KASIH YA ALLAH KERANA ENGKAU TELAH MELINDUNGI IBUKU...:) dari dua situasi ni, banyak pengajaran aku dapat. terutamanya bagaimana untuk mengawal marah dan tidak mementingkan diri sendiri. semoga aku,keluargaku dan seluruh saudara2ku di bawah perlindungan ALLAH SWT YANG ESA.HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN. WALLAHUALAM. so, see u all for the next notes. wassalam...:)

KEMBALI SEMULA...

assalamualaikum sumer...agak lama tak update blog ni. blog tak leh bukak kat google chrome. MALWARE DETECT!!!so, aku bukak pakai IE je la nampaknyer...skang ni aku ngah tunggu loan ni.betul la seperti tajuk sebuah lagu tu,penantian satu penyiksaan.aku harap sangat lulus sebab aku nak kawin.waaaaaaaa!!!hehehe.. over lak nak nangis2 kan?aku tadi banyak idea nak tulis,bila dah dapat tulis tetiba blur.iskk....



alhamdulillah aku sihat Walafiat walaupun beberapa hari lepas aku di gigit oleh seekor lipan yang panjangnyer adalah lebih sket dari sejengkal. citenyer gini,aku masa tu ngah lepak2 sambil baring2 tunggu masuk solat Isyak.tetiba aku rasa pinggang aku cam kena gigit kelingkiak.tau je la kalau dah kelingkiak gigit mang sakitnyer takleh cakap la kan.so, seperti biasa, aku kalau kena gigit ni aku akan tarik benda yang gigit aku tu.bila aku tarik je, terasa sengatnya tersangkut kat kulit aku. apa lagi, dengan pantasnya aku bangun dan berdiri mintak mak aku tgk apa yang gigit aku.mak pun terjerit kecil(cam ayat lam buku citer lak).apa lagi, mak kibas2 baju aku sampai jatuh lipan tu...tapi aku mang tak sempat la nak bunuh lipan tu sebab duk tahan sakit yang amat sangat. selesai je Isyak, aku terus tido n tak sedar apa lagi dah.tapi sebelum nak lelap tu mang sakitnya Tuan je yang tahu.pusing kiri sakit, pusing kanan sakit.telentang sakit,meniarap lagi la.last2 kiok gak akhirnya.


pagi esoknyer, si dia bawak aku gi klinik.tak sangka kat atas motor tu aku leh terlelap.nyaris tak jatuh. kalau tak...sapa nak update blog ni?hahaha...sampai kat klinik, aku di suntik tiga jenis ubat.dia masuk ikut belakang tapak tangan.ala,yang cam dalam wad tu.pedih nya ubat tu mak aiii..tak leh cakap pe ag dah.kepala pun dah mula berpinar.masa nak jalan balik tu, aku pitam.sib bek si dia benti kat tepi jalan jap kalau tak...sapa nak update blog ni lagi??hahaha...hasil dari gigitan cinta si lipan ni tadi,terbentuk la satu bengkak yang agak besar n cute gak r kat pinggang aku.until now still gatal2 ag.pastu, tempat injection tu pun buleh tahan gatalnyer jugak...iskk...

however, aku bersyukur gak la.doc kata aku ni dalam kategori kuat gak la sebab dapat tahan sampai pagi.ada org tu pas kena sengat terus pengsan.so, ALL THIS BECAUSE OF YOU YA ALLAH YA RABBI...ALHAMDULILLAH...:)


ok r...malam dah agak larut.be4 mak aku nyanyi lagu bila larut malam untuk dodoikan aku, better aku stop dulu.bukan sebab suara mak tak merdu.merdu sesangat cam sore aku cuma,bila dah nyanyi lagu bila larut malam tu kang, tak lain tak bukan mak sedang menyindir suh tido ler tu...ngeh3...so, see u all next typing.gud night n assalamualaikum...(^^,)