Ahad, 20 Februari 2011

AIR MATA..

assalamualaikum semua...mesti korang pelik ngan tajuk aku malam ni kan? air mata. hari ni airmata aku asyik tumpah je...hanya kerana sebuah hubungan. aku tak tau nak cite kat sapa. nak cite kat mak, aku taknak mak sangka dia teruk. nak cite kat member, takut memalukan dia. hanya blog ni je la tempat aku nak luahkan...tambah2 ag aku tau blog aku yang tak berapa ni bukan ramai follower pun...:) tapi mata aku still berkaca masa aku taip blog ni diikuti kepala yang berdenyut2..aku tau, kepala aku berdenyut bukan sebab apa.sebab air mata tak habis2 mengalir dari petang tadi. aku really need someone yang boleh dengar prob aku.tapi aku tak sanggup nak memalukan orang yang aku sayang. semakin lama pendam dalam hati, semakin sesakk je dada aku...kalau la bunuh diri tu satu benda yang mulia di sisi Tuhan, pasti itu yang aku lakukan sekarang. namun meskipun dada ini masih kekurangan ilmu dan ibadah, alhamdulillah aku masih dapat bezakan baik buruk perkara.

kenapa dia taknak faham aku? kenapa dia taknak faham hati aku? kenapa hanya salah aku yang terpampang di mata dia?apakah makna hubungan ni?aku sering nak jaga hati dia.aku selalu usaha menjaga perasaan dia.aku selalu memejam mata jika dia menyinggung hati aku hanya untuk menjaga hubungan yang terikat ini.aku akan buat2 tak nampak jika dia melakukan kesalahan. tapi kenapa bila aku buat kesilapan sikit, dia mempersoalkannya?teruk sangat ke aku di mata dia?aku tau aku tak sempurna. tapi perlu ke dia berkata sesuatu seperti aku ni manusia paling teruk kat muka bumi ni. aku dianggap duduk rumah makan tido makan tido je. aku tau aku gemuk! tapi aku bukannya seteruk tu! aku letih.aku nak rehat. tapi dia tak faham..aku nak tido kejap je. bukan lama...aku memang duduk rumah.tak banyak kerja. tapi aku tak seteruk tu...betapa terhinanya aku rasa Ya Allah...Y_Y

tapi apa yang mampu aku buat hanyalah mengalirkan airmata bersendirian tanpa diketahui oleh sesapa sebabnya hanya untuk menjaga namanya. aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. tapi aku juga punya hati dan perasaan...sudahlah...tiada apa yang mampu aku buat selain dari meluahkan di blog ku ini. terima kasih pada yang membaca...aku menaip kerana aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa lagi...terima kasih semua...assalamualaikum...

Ahad, 13 Februari 2011

BISKUT...

assalamualaikum n selamat malam sumer.. masa aku tulis blog ni aku baru beberapa minit selesai mencuba satu jenis biskut raya yang diberi nama nagasari...cam tajuk filem dolu2 kan?apa nak buat...dah itu namanya. even raya lambat ag, tangan aku ni gatal je nak buat biskut tu...ada ke patut si dia panggil biskut tu naga pakai sari?tau dek kesatuan naga sedunia terang2 kena sue...haahahaha...
tentang rasa kuih tu takyah cakap la...nak kata sodap tu taklah tapi aku tgk mak telan dua tiga ketul tul...kira lulus la ek...bagi aku, kalau tak tertelan kek tekak, memang jelas dan nyata la tak sedap...heheehe...
ishh...keypad 'H' aku prob la...so, if kalau korang terperasan ada tertinggal hurf H tu pepaham la ye...k r, aku selesai kat sini lu...sorry tak sempat upload pic biskut yang aku buat coz aku mang takde kamera pun...eheehe...babai sumer...assalamualaikum...

Selasa, 8 Februari 2011

SEMALAM DAN HARI INI...

assalamualaikum sumer...di malam yang indah lagi syahdu ni tetiba aku teringin nak create something yang berlaku kat aku semenjak dua menjak n tiga menjak ni... 1stly, aku happy sangat2 bila adik, kakak, abg ipar n kuarga paksu aku balik raya cina ari tu. walaupun selama 3 hari plus 2 hari coz yang len dah balik hari ke 3 juz adik aku je balik lambat sket, banyak suka duka yang berlaku...yang suka nya,aku terasa seperti pengumpulan kuarga 7 keturunan plak...hehehe...pastu, suka tgk perut maksu aku yang makin lama makin besau...huhuhu...tak sabar beb nak tunggu anak eh silap...sepupu baru aku lahir...hehehe..wlaupun selama 3 hari aku dibuli oleh kakak n abg beliau yang lahir terlebih dahulu dari beliau(belum lahir lagi),aku mang happy sangat2 sebab aku ni adik sorang je...jadi bila ada adik sepupu ni, sama la sayangnya cam adik sendiri...ijam,syikin n nabil, korang lah adik yang paling happening dalam dunia angah tika ini n for beliau yang sedang angah tunggu, angah doakan maksu selamat melahirkan beliau nanti...amin...tu kisah suka.kisah duka pulak tak perlu kot nak cite kat sini.buat panas hati je buat apa ek...aku juz nak pikir best2 je malam ni...huhuhu...

semalam pulak aku gi hospital dengan si dia. juz scan badan aku je untuk memastiikan aku sihat walafiat...hehehe...jangan risau yek(ada ke yang risau?huhuhu)..pastu aku gi tgk wayang cite haq..so far boleh la tahan cite dia...erm...before wayang bukak, aku n si dia lepak2 minum kat joreka dan tanpa disangka2,soalan yang aku nak elak selama ni di tanya pada aku...isk...gugup gak r aku nak jawab tapi aku still cover cun ag (wlupun aku takdela cun sangat tapi comel tu adala sket). ayat 1st yang kuar dari mulut dia pun mang aku dah agak apa yang dia nak tanya. ayat dia lebih kurang bunyi cenggini r... "abg ada benda nak tanya ni.benda ni dah lama abg pendam." erkk...aku dlm hati dah mula dah...dup dap dup dap...aku mang tahu apa dia nak tanya coz isu ni aku yang mulakan masa kitorang mula2 kenal hinggalah nak dekat setahun bertunang ni...tambah tolak,adala masuk 2tahun...tapi bagi aku tak cukup lama pun...hehehe...korang mesti nak tau apa soalan dia kan3?hahaha...soalan cepucemas yang membuatkan aku rasa seperti dicepuk dalam keadaan cemas.err..something like that la...sebenarnya si dia menyoal aku,"kenapa susah sangat ayang nak say i love u kat abg??"masa tu aku hanya mampu ketap bibir mencari idea yang bernas untuk menjawab.yang takleh blah dia siap ulang lam bahasa melayu lak.."kenapa mesti dah kawin baru nak ucap ayang cinta kat abg?selagi ayang tak ucap cinta kat abg,selagi tu abg gelisah.." Ya Allah, masa tu aku mang blur habis.lidah aku ni kelu n nasib baik gagap aku tak datang masa tu.hello, aku bukan gagap k juz kalau dah gabra sangat mula la tak tentu hala nak bercakap..sambung balik,aku pun jawab la apa yang sebenarnya.aku bukan taknak say i love u kat dia cuma since clash ngan pakwe sebelum ni yang sengal duk kecewakan aku, aku dah janji dengan diri aku, aku hanya akan bercinta dengan suami aku je.so, dalam erti kata lain, kalau aku ucapkan kata2 keramat tu sebalum aku bernikah dengan dia,sama la aku langgar janji aku sendiri.lagipun, mula2 bertunang perasaan cinta tu mang takde ag lam hati aku untuk dia. hati aku ni nampak cam lembut,keras nak mampos ade ler...cuma makin nak dekat tarikh kawin ni(takde r dekat sangat,ada 10 bulan ag),hati aku ni dah mula terjentik perasaan cinta tu sket demi sket.tapi mulut ni masih berat nak ucapkan kata2 tu.dan hal ini,hanya aku dan yang baca blog ni je tau hehehe...aku xtually tak sanggup nak rasa sakitnya putus cinta lagi dah. cukupla dulu hati aku hancur lebur dibuat oleh "seng" sorang tu.aku taknak lagi.tapi untuk tunang aku ni,tak cinta bukan makna tak sayang kan?aku sayang giler kat dia walaupun kami ni kadang2 kalau gaduh sampai rasa nak cekik leher masing2,tapi so far,tak dela sampai tahap nak putus tunang.insyaAllah, dengan restu mak aku n mak ayah dia, hubungan kami akan bahagia dan sentiasa dilindungi Tuhan...insyaAllah,amin...

dan hari ni,tunang aku demam kuat sebab kaki dia bengkak tanpa diketahui puncanya. aku harap dia cepat sembuh.hari ni aku temper sket ngan dia...bukan apa, stress memikiirkan duit.maklum la, kitorang nak kawin.tapi kalau dia duk mc je, camana nak kumpul wit? dengar cam kejam kan? tapi sapa yang ada kat tempat aku, dia akan faham apa yang aku rasa. tapi malam ni aku dah sejuk sket.sian kat dia. aku anggap ni semua dugaan orang bertunang cam kami...moga abg cepat sembuh..amin...

lastly, aku lega dapat curahkan segalanya kat sini...bila di lihat kembali, panjang gak aku taip kan?hahaha...lantak ler...bila kepala duk banyak pikir, gini ler...hehehe...anyway, thanks for semua yang membaca curahan aku kali ni.kalau ada pape pendapat or nasihat, sila2lah komen ye...jasa u olz ku kenang...hehehe...bye sumer...good night,sleep tight n sweet dream...wassalam...