Sabtu, 28 Mei 2011

DAH DAPAT KERJA!!!(^^,)

assalamualaikum...lama giler aku tak update blog ni kan?xtually, i got a job finally!hehehe...aku keje kat ada satu kedai kek ni...baru 2 minggu tpi banyak ilmu kek dan roti yang aku dapt...so best keje kat situ...cuma diet aku je lari lintang pukang sebab duk kunyah roti reject hari2...hehe...hope pasni aku dpat elakkan dri wat roti reject ag...hehehe...bila la key A aku ni nak elok...kalau korang baca tkde huruf A tu pepaham je la yek...sini aku share sket roti n kek yang aku n kawan2 kerja yang lain buat...tapi kek tu fully by me..hehe..alhmdulillah menjadi jugk...not easy like you all see but not hard like want to die la...hahaha...hope, pasni aku dapat perbaiki mutu kerja aku...skang pun still bermutu taw...hehehe...

this is sweet bun...so sweet like me..kot...hahaha...



ha, inilah dia kek pelangi yang ku buat...nice kan?but still not perfect...nanti aku nak buat yang lagi nice...GO AINIE GO!huhuhu


however,ada rezeki nanti aku nk buat kek kat umah pakai oven biasa lak...kalau menjadi, leh niaga part time...hehe...mula2 kerja dulu quite tired gk la...tpi bila dh lama2, quite best...hehehe...ada gak yang tanya kenapa aku tak kerja ikut diploma yang aku ada...spa taknk keje ofis?stress pun lam aircond...hati panas pun lam aircond.tapi kerja yang mudah n selesa ni bukan senang nak dapat..persaingan banyak. so far aku blaja n keje kat kedai kek ni, aku dh mula sesuaikan diri.moga pekerjaan aku sekarang ni sentiasa di bawah rahmat ALLAH SWT dan kedai kek Noha Bakery akan sentiasa maju dan maju dan maju...lagipun susah kita nak jumpa kedai kek melayu...Alhamdulillah, kedai kek ini mendpat sambutn...amin ya rabbal alamin...(^^,)

ok la, takat ni dulu ku taip dalam ni...klu panjang2 kang, sampai lusa korang tak habis baca...hehehe...so thanks to all readers. love you all! see you next notes...babai n wasalam...:)

Jumaat, 6 Mei 2011

BILA DIA NAK FAHAM??

assalamualaikum...mesti korang sumer pelik kan aku letak tajuk kat atas ni? saat aku tulis notes ni,airmata aku asyik bergenang je. aku sedih sebab dia taknak faham aku. aku tak pernah paksa dia buat apa2.satu benda aku paksa dia suh simpan duit je sebab aku taknak miss simpan duit. yang lain aku try memahami dia.apa dia buat, aku sabar je. aku tau sepanjang aku ngan dia, aku banyak menyusahkan dia,pakai duit dia. tapi aku pakai duit dia bukan untuk suka2 untuk beli brg2 penting je. aku sedar, aku bukan lah pasangan yang baik.aku selalu tengking dia sebab aku terlampau kecewa.dia pernah cakap, kalau aku ngan lelaki lain,memang confirm kena tinggal. ye, aku sedar aku tak lawa, gemuk n banyak kekurangan. tapi aku ada perasaan gak. mungkin kalau orang nampak aku gaduhh ngan dia, orang akan kutuk aku sebab aku marah dia, tengking2. tapi orang takkan paham hati aku.biarpun aku tengking, hati ni sebak hanya ALLAH SWT yang tau. satu2nyer orang yang faham hati aku hanya mak aku. aku bukan suka2 nak marah2 orang. apa perasaan korang kalau orang tu asyik tanya soalan yang sama banyak kali dan bila kau taknak buat sesuatu perkara tu, orang paksa2. ha, dari situ korang akan faham apa yang aku rasa.

aku sentiasa berusaha memaafkan dia dengan melupakan perkara yang dah lepas. sebab walaupun hubungan kami belum halal, aku tak penah fikir untuk berkahwin dengan orang lain. kadang2 macam lawak. aku selalu bantu sahabat2 aku dalam hal percintaan, tapi hubungan aku ngan dia??ntah la. aku tolong sahabat2 aku sebab aku taknak diorang rasa apa yang aku rasa. aku yakin dia akan faham aku jugak satu hari nanti.tapi tak tau la bila.mungkin masa tu aku dah nazak kot.entah la.tapi aku akan sentiasa berharap dia akan berubah menjadi lebih memahami aku dan boleh membimbing aku setelah kami diijabkabulkan.

tapi aku ngah sedih sangat sebab dia kata aku buat dia sedih. rasa sedih dan kecewa aku? nak campak mana?kat longkang?tapi takpe, aku akan bersabar dan berharap agar hubungan kami hingga di jinjang pelamin dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.insyaAllah. sesiapa yang membaca notes aku ni, doakanlah agar hubungan kami sentiasa di bawah rahmat Allah swt. aku ni hanyalah manusia biasa dan banyak kekurangan.aku hanya nak menjaga batas2 hubungan sebelum kawin. niat aku nak jaga hubungan kami dan jaga nama baik mak aku dan mak ayah dia. mungkin dia tak faham niat aku sebab kalau tgk dari luaran, aku ni bukan lah gadis berhijab yang nampak cantik, sejuk mata memandang dan berilmu agama yang tinggi. aku hanyalah gadis yang sederhana dan banyak kelemahan.

YA ALLAH, HAPUSKAN LAH AIRMATA INI DENGAN RASA KESABARAN DAN KETABAHAN YANG TINGGI.AKU SEDAR AKU HANYALAH HAMBAMU YANG HINA.TAPI AKU TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA2 LAGI.BANTULAH HAMBAMU YANG LEMAH LAGI HINA NI... :'(

sekian, assalamualaikum...