Memaparkan catatan dengan label raya.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya.... Papar semua catatan

Jumaat, 23 Jun 2017

RINDU...

Assalamualaikum, reader..

Lagi dua hari insyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Entah kenapa, hati angah sebak je dari pagi tadi. Tengah drive kereta, dengar pulak lagu raya, terus rasa rindu menerjah hati ni.

Mak, angah rindu sangat kat mak. Raya tanpa mak diusia ini tak pernah angah bayangkan. Mesti ramai yang cakap 'ala, anak yatim piatu yang kecik2 tu lagi kesian!'.

Angah faham cuma bezanya terlalu banyak pahit manis yang angah alami dengan mak. Malah sehingga sekarang angah rasa ralat sebab tak puas nak menabur bakti dan jasa pada mak. Selalu pagi-pagi raya mak masak nasi minyak. walau mak dah tak boleh jalan pun, kami masih dapat rasa air tangan mak di pagi raya. Angah rindu sangat ngan mak. Semoga mak dan abah tenang di sana. kami di dunia ini akan cuba sehabis baik agar mak dan abah menerima syafaat di sana.

Al-Fatihah buat mak dan abah. Semoga mak dan abah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Aamiinnnnn...

Buat semua reader yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017. Angah mohon maaf zahir dan batin pada semua yang mengenali diri ini sekiranya ada bahasa yang tidak enak didengar sepanjang angah menulis blog ini. Sejujurnya, ini adalah blog peribadi angah dan luahan yang sebenarnya dari hati angah sendiri. Wallahualam..

Rabu, 15 September 2010

BADMOOD..

Salam sumer...hari ni aku on9 petang sebab malam kang nak wat kuih sepit ag. hari ni aku hangin n sedey sangat2...aku sedey tgk adik aku ngan kawan2 dia. bila adik aku tau kawan2 dia nak datang,dia terus siap2 ngan harapan kawan2 dia ajak dia gi beraya sama. tapi harapan hanya tinggal harapan. sorang pun kawan2 dia tak ajak...
mengalir airmata aku tgk adik aku.mentang2 r adik aku tak macam diorang, diorang tak teringat pun nak ajak. aku faham perasaan dia sebab masa sekolah dulu pun aku selalu tak diendahkan...
tapi aku tak berdendam pun sebab aku tau aku gemuk. tak mudah orang nak kawan rapat ngan aku kalau dia betul2 tak faham perasaan orang cam aku.
tapi aku betul2 tak puas hati bila orang wat adik aku camtu. sayu hati aku ni. aku harap next year, aku mampu beli kete. takyah nak numpang2 org agik...
k r...aku nak bagi mood aku pulih lu...see u at the next notes...wassalam...

Selasa, 14 September 2010

SELAMAT HARI RAYA!!!




Selamat Hari Raya...lama giler tak update blog...bukan apa, aku sibuk sangat wat kuih raya. tapi tahun ni aku tak pat jual kuih banyak2...modal tahun ni kureng. walau apapun raya kali ni paling happening lam hidup aku. kalau bagi budak2,raya paling happening when dapat duit raya banyak2.tapi bagi aku, raya tahun ni happening sebab aku dapat kumpul ramai2 ngan family aku walaupun family aku kecik je...
pastu, aku happy sebab rendang,kuah kacang n sumer masakan raya tahun ni,mak yang masak...agak lama gak r aku tak rasa masakan mak.since mak xleh jalan, aku je yang masak...xtually, aku bosan ngan masakan aku sebenarnya sebab tak sedap pun ye gak...huhuhu...

Malam raya pertama, aku wat bbq sate ngan family aku...mula2 risau gak takut takde yang datang.tapi Alhamdulillah,ramai gak yang datang.sib baik ada maksu aku yang cun n pandai masak.kalau tak, gabra gak aku nak masak untuk org ramai ni even bihun goreng sekalipun...makaceh maksu... (^^,)

Ha...gambar2 kat bawah ni gambar masa bbq tu...ni je yang sempat kitorang snap...okla dari takde kan...



selain tu, aku berterimakasih sangat2 kat member2 yang datang beraya kat umah aku...makasih sebab memeriahkan lagi raya aku kali ni....(^^,)

erm...rasanya tu je la update aku kali ni...nanti any news, aku share ag ngan korang ek...selamat hari raya....maaf zahir dan batin...(^^,)