Jumaat, 23 Jun 2017

RINDU...

Assalamualaikum, reader..

Lagi dua hari insyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Entah kenapa, hati angah sebak je dari pagi tadi. Tengah drive kereta, dengar pulak lagu raya, terus rasa rindu menerjah hati ni.

Mak, angah rindu sangat kat mak. Raya tanpa mak diusia ini tak pernah angah bayangkan. Mesti ramai yang cakap 'ala, anak yatim piatu yang kecik2 tu lagi kesian!'.

Angah faham cuma bezanya terlalu banyak pahit manis yang angah alami dengan mak. Malah sehingga sekarang angah rasa ralat sebab tak puas nak menabur bakti dan jasa pada mak. Selalu pagi-pagi raya mak masak nasi minyak. walau mak dah tak boleh jalan pun, kami masih dapat rasa air tangan mak di pagi raya. Angah rindu sangat ngan mak. Semoga mak dan abah tenang di sana. kami di dunia ini akan cuba sehabis baik agar mak dan abah menerima syafaat di sana.

Al-Fatihah buat mak dan abah. Semoga mak dan abah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Aamiinnnnn...

Buat semua reader yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017. Angah mohon maaf zahir dan batin pada semua yang mengenali diri ini sekiranya ada bahasa yang tidak enak didengar sepanjang angah menulis blog ini. Sejujurnya, ini adalah blog peribadi angah dan luahan yang sebenarnya dari hati angah sendiri. Wallahualam..

Jumaat, 26 Mei 2017

NOVEL: KERANA CINTA BAB 5 & 6



BAB 5

“Hanim, kau marah aku?” soal Iman ketika dalam perjalanan pulang dari pameran lukisan yang diadakan di Hotel Beach Resort. Hanim diam membisu sejak dari diperkenalkan dengan Arina tadi. Hanim menggeleng.
“Kalau tak, kenapa kau diam je dari tadi? Aku tak pernah tengok kau diam macam ni. Selalunya, mulut kau mesti bising bercerita itu ini. Kenapa ni?” soal Iman lagi.
“Iman, aku takde apa-apa. Tak payahlah kau risau,” balas Hanim serius. Kepalanya dipicit-picit perlahan. Akibat banyak menangis, kepalanya berasa pening.
“Hari ni aku hantar kau sampai rumah, okey?”
“Takpe. Housemate aku dah tunggu aku kat kolej. Kau hantar aku kat tempat kau jemput aku tadi je lah.” Iman mengeluh.
“Kenapa kau susah sangat nak bagi bila aku nak hantar sampai rumah? Dah pukul 6 petang sekarang. Entah-entah kawan serumah kau pun dah balik,” keluh Iman lagi.
“Mhm… suka hati kaulah, Iman. Aku pun takde mood nak berbalah dengan kau lagi. Sampai simpang depan sana, kau buat U-turn!” balas Hanim lemah. Iman tersenyum.
“Rumah kau tingkat berapa?” soal Iman sebaik sahaja tiba di Apartment Pantai Indah. Hanim tidak menjawab lalu keluar dari Proton Gen 2 itu.
“Thanks, Iman. Sorry, aku tak berapa sihat hari ni. Anyway, thanks again sebab ajak aku tengok pameran tu. Aku happy sangat…” ucap Hanim dengan senyuman.
“Okey!” balas Iman sepatah dengan muka masam mencuka. Dia pantas memecut kenderaannya. Hanim tersentak.
“Kira bagus lah aku nak bagitahu kau mana rumah aku! Kalau tak, sampai raya tahun depan pun belum tentu dapat tahu rumah aku!” rungut Hanim bengang. Dia lalu masuk ke kawasan apartmentnya dengan perasaan berbaur.

Laila masuk ke biliknya sambil berbual dengan Iqbal dalam telefon. Hanim kelihatan sedang tidur sambil memeluk gambar Mahadi yang dibingkai indah. Laila mengerut dahi apabila melihat pipi dan wajah Hanim sembab dengan airmata yang belum kering.
“Dah sampai bilik ke? Hanim ada?” tanya Iqbal.
“Mhm, baru sampai. Hanim? Ada ni tengah tidur.”
“Oh, yeke? Bukan apa, Hus kirim salam dekat dia. Awak kenal tak sesiapa budak kolej kita nama dia Nazirah?” Laila mengerut dahi cuba mengenalpasti nama itu. Akhirnya dia teringatkan Irni yang mana nama sebenarnya Irni Nazirah.
“Nazirah? Entah-entah Irni kot. Nama dia ada Nazirah jugak. Kenapa?”
“Bukan apa, Hus cakap ada seorang perempuan call handphone dia dan kenalkan diri sebagai Nazirah. Yang peliknya, dia mengaku dia budak kolej kita.”
“Husyairi? Dah sah lah memang Irni! Semalam Husyairi ada bagi kad nama pada Hanim tapi Irni kata dia minat dengan Husyairi. Sebab tu lah Hanim bagi kad nama tu pada Irni. Husyairi marah ke?”
“Dia tak marah cuma cara Irni kacau dia tu buat dia kurang selesa. Kalau awak nak tahu, Husyairi bukan seorang yang suka berkenalan macam tu. Bila Hus ajak Irni keluar, Irni taknak. Tulah yang buat Hus tak suka.”
“Oh, yeke? Nantilah saya bincang dengan Irni. Husyairi ada ke tu?”
“Ada kat sebelah saya ni. Malam ni dia tidur kat rumah saya untuk dua malam. Saya dah bagi nombor telefon Hanim kat dia. Tapi Hus kata, handphone Hanim tutup.”
“Nanti kejap, saya tengok.” Laila meraba-raba poket seluar Hanim. Tiada. Beg sandang Hanim pula di buka. Akhirnya, ada juga telefon bimbit berkamera milik Hanim.
“Ha’ah, telefon dia tutup. Pelik pulak. Selalunya Hanim tak pernah tutup handphone. Macam dia tahu-tahu je Husyairi nak call.” Laila ketawa kecil. Iqbal turut ketawa.
“Ha, Hus ajak kita makan seafood malam ni. Dia suruh ajak Hanim sekali.”
“Hanim?” Laila memandang Hanim yang sedang tidur dengan wajah yang sembab. “Saya tak pastilah Hanim nak ikut ke tak. Tambahan lagi kalau naik motor. Lagilah dia taknak. Ajak Irni taknak?” usik Laila nakal. Kedengaran suara Iqbal sedang berbincang dengan Husyairi.
“Hello, Laila. Awak janganlah buat lawak. Saya tak minatlah dengan Nazirah tu…”
“Habis, awak minat dengan Hanim ke?”
“Ermm… boleh tak bagi saya cakap dengan dia kejap? Tolonglah kejut dia kejap je.” Laila menggerakkan Hanim. Tiada respon. Laila mengangkat tangan Hanim. Sebotol ubat terjatuh ke sebelahnya. Laila tersentak.
“Hanim, oi Hanim! Bangunlah!” jerit Laila cemas. Laila tahu itu adalah botol yang menyimpan ubat tahan sakit Hanim yang menghidap migrain. Botol itu kosong.
“Masyaallah… Hanim, apa kau dah buat ni?” soal Laila kesal. Telefon di sisinya diletak semula ke telinga.
“Kenapa Laila?” soal Husyairi kedengaran cemas juga.
“Hanim ni, entah apa gila dia sampai telan ubat tahan sakit satu botol. Sekarang tak sedarkan diri!”
“Ya Allah, bahaya tu! Awak tunggu, saya dan Iqbal datang sekarang jugak!” ujar Husyairi lalu mematikan talian. Laila mengalihkan bingkai gambar Mahadi dari pelukan Hanim.

“Hanim, apa kau dah buat? Kau nak bunuh diri ke?” marah Laila bengang. Hanim yang baru setengah jam sedar dari pengsan akibat menelan pil tahan sakit berlebihan. Hanim menutup matanya perlahan. Airmatanya menitis.
“Laila…” Iqbal mengurut belakang Laila untuk menenangkan buah hatinya itu. Husyairi yang turut berasa tidak puas hati terkejut melihat airmata Hanim.
“Hanim, kenapa dengan awak? Kalau ada masalah, luahkanlah. Jangan buat macam ni. Awak dah susahkan hati semua orang,” ujar Husyairi lembut. Dia tahu bukan masanya untuk berkasar dengan Hanim sekarang. Tambahan pula, hatinya tidak tergamak menyedihkan Hanim lagi. Hanim mengesat airmatanya perlahan.
“Laila, Mahadi dah bertunang. Untuk apa lagi aku hidup kat dunia ni? Aku dah takde sesiapa kat dunia ni lagi…” rintih Hanim sedih. Laila terus mendakap tubuh Hanim yang gempal itu.
“Hanim, aku tak boleh terima alasan kau. Takkan hanya kerana dia seorang, kau nak bunuh diri? Kalau kau takde sesiapa, habis aku ni siapa bagi kau? Ika dan Irni masih tak tahu pasal ni. Aku yakin, kalau diorang tahu, diorang mesti kecewa. Kenapa kau boleh jadi selemah ini?” soal Laila turut sedih dengan apa yang dilalui oleh Hanim.
“Aku terlalu cintakan dia, Laila. Aku tak boleh hidup tanpa dia!”
“Hanim, aku tak kira! Aku taknak kau sebut pasal Mahadi depan aku lagi. Ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni. Jangan hanya kerana dia, kau hilang pedoman macam ni!” tegas Laila. Hanim tunduk lemah. Airmatanya semakin laju merembes keluar.








BAB 6

“Assalamualaikum…” ucap Husyairi ketika melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Hanim. Hanim yang sedang mengemas pakaian untuk balik menjawab salam dengan senyuman. Selepas di kaunseling oleh seorang kaunselor, Hanim semakin pulih dan kembali bersemangat.
“Kau sorang je? Mana Laila?” tanya Hanim sambil matanya mencari Laila yang telah berjanji untuk menjemputnya pulang.
“Laila minta maaf sebab tak dapat jemput awak. Dia ada ujian hari ni. Kebetulan saya takde kelas hari ni, tak salah rasanya kalau saya yang menjemput awak kan?” jelas Husyairi lembut. Hanim mengangkat kening.
“Naik motor?” soal Hanim lagi. Husyairi ketawa kecil dan menggeleng.
“Naik kereta…” jawab Husyairi dengan senyuman. Hanim menarik zip beg bajunya. Husyairi tahu Hanim sudah kurang ceria berbanding sebelum kejadian malang itu terjadi. Senyuman gadis itu terlalu sebentar untuk dilihat. Mereka berdua turun sebaik sahaja selesai segala urusan keluar dari hospital. Hanim hanya mengekori Husyairi yang berjalan ke arah tempat letak kereta. Beg bajunya dijinjing oleh pemuda itu. Mereka tiba di mana tempat Proton Wira Husyairi diletakkan.
“Apa kata kita pergi makan dulu? Awak tak makan lagi kan?” ajak Husyairi sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
“Hus, hantar aku balik teruslah. Aku takde mood nak buat apa-apa,” balas Hanim perlahan.
“Hanim, sampai bila awak nak macam ni? Tak makan, tak minum. Dah tiga hari saya tengok awak macam ni. Saya tahu awak kecewa, tapi janganlah menyeksa diri awak pulak. Takde gunanya!” ujar Husyairi dengan keluhan. Kesal dengan sikap Hanim. Hanim tunduk. Airmatanya bergenang kembali. Matanya kelihatan cengkung akibat terlalu banyak menangis.
“Hus, kau tak faham dan takkan faham apa yang aku rasa. Apa yang kau rasa kalau Maria kecewakan cinta kau? Kau boleh bayangkan bagaimana pedihnya hati kau bila tengok orang yang kau cinta, orang yang kau bergantung harap untuk membahagiakan kau satu hari nanti sedang memeluk orang lain di depan mata kau sendiri. Boleh kau bayangkan?” ujar Hanim sayu.
“Ya, mungkin saya tak alami apa yang awak rasa sekarang tapi, sekurang-kurangnya, awak kena ingat matlamat hidup awak di dunia ni. Iqbal selalu puji semangat awak untuk menjadi seorang pelukis komik yang berjaya. Mana semangat yang selalu dikatakan tu? Saya tak nampak pun?!” Husyairi merenung Hanim dengan perasaan membara. Dia mendengus kasar lalu memulakan perjalanan keretanya. Hanim menjeling Husyairi sekilas. Dia tahu lelaki itu sedang marah dengan sikapnya.
“Maaf, Hus. Tolonglah jangan desak aku sekarang. Aku buntu. Aku terlalu cintakan dia tapi Arina lebih bertuah dari aku. Kau tak perlu risau, aku okey. Semangat aku untuk belajar tak pernah luntur. Cuma bagi aku masa untuk berhadapan dengan kenyataan ni. Maafkan aku,” ucap Hanim dengan rasa serba salah.
“Hanim, saya tak marah awak cuma apa yang awak buat tu, berdosa. Membunuh diri? Kenapa awak boleh terfikir untuk melakukannya sedangkan awak sendiri tahu, bunuh diri tu salah? Awak tahu bagaimana perasaan kawan-kawan awak bila dapat tahu perkara ni? Zulaikha pengsan awak tahu tak?” Husyairi masih tidak berpuas hati.
“Aku tahu aku salah. Aku janji takkan buat lagi. Aku tahu mereka semua sayangkan aku tapi semua ni terjadi di luar kawalan aku. Kau faham tak? Aku terlalu kecewa masa tu?!” tegas Hanim sedih mengenangkan Zulaikha yang pengsan setelah mendengar kemalangan itu.
“Bukan mereka je, Hanim. Saya pun sayangkan awak. Mungkin kita jarang jumpa tapi hubungan persahabatan kita amat bermakna bagi saya, Hanim. Terlalu bermakna!” luah Husyairi lagi. Hanim melepaskan nafas lega.
“Sudahlah, Hus. Kita tutup cerita ni. Sekarang pun aku dah sihat. Dah tak perlu untuk dibimbangkan lagi. Cuma aku perlukan bantuan kau sikit. Boleh?”
“Tolong apa?” tanya Husyairi mulai tenang.
“Tolong bawa aku ke Hotel Beach Resort kejap. Aku nak pulang sesuatu kat kawan lama.” Husyairi mengerut dahi namun permintaan itu tetap dituruti.
Setibanya mereka di Hotel Beach Resort, Hanim mencapai satu kotak besar yang berwarna putih. Husyairi hanya merenung perbuatan Hanim tanpa suara. Hanim mengeluarkan dua bingkai gambar yang dibuat dari kristal. Husyairi tersentak apabila mendapati itu adalah gambar Mahadi dan Arina menurut nama yang tertulis di bawah potret romantis itu. Sebuah bingkai lagi terlukis gambar Mahadi.
“Apa awak nak buat dengan potret-potret ni?” soal Husyairi ingin tahu.
“Bukan aku tapi kau yang kena buat. Aku rasa dah takde gunanya untuk aku terus menyimpan gambar-gambar ni. Aku nak kau tolong berikan bungkusan ni pada penyambut tetamu tu. Minta dia berikan pada Mahadi. Boleh tolong aku?” Husyairi berasa berat hati. Mata Hanim ditenung dalam-dalam. Mata itu tidak menunjukkan kesedihan tetapi hanya keletihan. Husyairi mengeluh lalu mengangguk. Potret itu diambil lalu keluar dari kereta.
Hanim termenung. Tiba-tiba, satu bunyi telefon bimbit terdengar di cuping telinganya. Hanim memandang ke arah telefon Husyairi yang terletak di kerusi yang diduduki pemuda itu tadi. Hanim tidak mahu mengangkat telefon itu. Namun, bunyi itu menganggu kedamaiannya. Hanim akhirnya menjawab telefon kamera itu dengan salam. Terdengar suara Irni menjawab salam.
“Hanim, kau dengan Husyairi?” soal Irni dengan nada yang kurang senang.
“Mhm… dia jemput aku keluar dari hospital. Kau telefon kejap lagi la. Dia pergi toilet. Telefon dia tertinggal dalam kereta,” jawab Hanim tenang.
“Okey, kalau dia sampai, jangan cakap aku telefon tapi Nazirah yang telefon, okey?”
“Mhm, yelah.” Talian diputuskan. Hanim tiada hati untuk berbual dengan lebih lama. Lima minit kemudian, Husyairi hadir dengan wajah yang tenang.
“Okey, semua dah selesai. Saya terus bagi pada Mahadi sebab kebetulan dia ada kat kaunter tu,” jelas Husyairi selamba. Enjin kereta dihidupkan. Hanim tersentak.
“Err, dia tahu ke aku ada kat sini?” soal Hanim bernada bimbang. Gelengan kepala Husyairi melegakan perasaannya.
“Terima kasih, Hus. Kau dah banyak tolong aku. Aku takkan lupa segalanya.”
“Takde masalah pun. Kitakan sahabat?” ujar Husyairi dengan senyuman. Hanim turut tersenyum.
“Tadi Nazirah telefon. Kejap lagi dia telefon semula,” beritahu Hanim perlahan. Husyairi menjeling Hanim sekilas.
“Kenapa awak bagi kad saya pada dia? Teruk sangat ke saya di mata awak?” soal Husyairi serius. Hanim menggaru kepala yang tidak gatal.
“Dah dia nak kenal dengan kau, takkan aku nak halang pulak. Kau bukan pakwe aku. Kalau pakwe aku, langkah mayat aku dulu!” jawab Hanim dengan nada cuba berseloroh namun wajah Husyairi terusan serius.
“Tapi saya tak dapat terima cara dia. Dia tak berterus terang mana dia dapat nombor saya. Lepas tu, bila saya ajak jumpa, macam-macam alasan dia bagi. Saya tak suka berkawan dengan cara macam tu. Kenapa buat macam tu? Ingat saya ni jenis memilih kawan ke?”
“Aku pun tak tahu kenapa dia buat macam tu. Tapi takpe, sampai rumah nanti, kau singgahlah sekejap. Berbual dengan dia dan tanya dia kenapa dia buat macam tu. Okey?” cadang Hanim tenang. Husyairi senyap.
“Hanim, Maria tahu kita berkawan,” kata Husyairi setelah lama membisu. Hanim tidak menunjukkan reaksi terkejut ataupun bimbang.
“Ya ke? Dia cakap apa?” soal Hanim selamba.
“What mean ‘ya ke’? Awak tak risau ke kalau dia serang awak? Awak tak kenal Maria tu. Dia sanggup buat apa saja kalau sesiapa cuba potong jalan dia.”
“Untuk apa aku takut dengan dia? Kita bukan ada apa-apa hubungan pun. Lainlah kalau aku ni awek simpanan kau!”
“Awak tak kenal Maria, Hanim. Memang betul kita takde hubungan istimewa, tapi dia takkan senang duduk kalau saya kawan dengan mana-mana perempuan.”
“Ada jugak perempuan macam tu kan?” Hanim menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Kenapa diam?” tanya Husyairi apabila Hanim membisu agak lama.
“Apa lagi nak cakap? Kita tunggu dan lihat je lah. Aku malas lah nak fikir benda macam ni. Lebih baik aku fikir macamana nak cover pelajaran aku yang seminggu terbengkalai tu. Eh, baru aku ingat. Kau takde kelas ke hari ni?” tanya Hanim pula. Entah kenapa, setelah memulangkan potret Mahadi, hatinya menjadi semakin tenang. Fikiran dan hatinya seolah-olah mulai kosong.
“Ada, pagi tadi tapi tak masuk pun. Lewat bangun. Kelas pukul 11.00, bangun pun pukul 11.00. Sampai kolej dah 11.30. Fikir punya fikir, saya terus datang sini bila Iqbal kata dia tak dapat jemput awak keluar wad,” jelas Husyairi tenang.
“La, lewat setengah jam je, takkan pensyarah kau nak marah pulak! Kalau aku tahu tadi, aku suruh kau balik kolej semula. Aku boleh balik sendiri. Menyusahkan kau je.”
“Tak susah pun. Kalau awak suruh saya balik pun, sampai kolej mungkin kelas saya dah habis. Mhm, prihatin jugak awak dengan pelajaran saya kan?” usik Husyairi. Hanim mengerut dahi sambil memandang Husyairi yang tersenyum meleret. Hanim tersengih.
“Boleh tak kau jangan senyum macam tu? Macam kambing aku tengok!”
“Macam kambing? Teruk sangat ke sampai nampak macam kambing?” soal Husyairi kembali. Akhirnya, tawa Hanim pecah dengan soalan spontan itu. Husyairi tersenyum apabila mengenangkan kata-katanya sendiri dan juga tersenyum melihat Hanim yang mulai ceria.
“Kau ni kelakar jugak kan? Aku main-main je lah. Sebenarnya, kau ni handsome tau. So, tak hairanlah kalau Maria takut kau jatuh ke tangan orang lain,” ujar Hanim dengan senyuman selepas tawanya reda.
“Tapi, kalau ada peluang lain, saya teringin jugak nak jatuh ke tangan orang lain. Tapi biarlah ke tangan orang yang betul-betul setia dan memahami saya.” Kata-kata Husyairi seperti penuh dengan harapan. Hanim tersenyum lalu memandang Husyairi yang sedang memandu dengan penuh tumpuan. Hanim suka melihat wajah Husyairi yang tenang dan bersih. Mata pemuda itu yang kuyu dan redup semakin membuatkan perempuan tidak jemu untuk merenung mata itu.
“Hus, kau tahu tak yang kau mempunyai sepasang mata yang cantik dan wajah yang kacak?” soal Hanim tiba-tiba. Matanya masih merenung pemuda itu dari tepi. Husyairi mengerut dahi lalu memandang Hanim. Hanim tersentak apabila mata redup itu bertembung pandang dengan matanya. Dia menelan liur.
“Apa awak cakap tadi?” tanya Husyairi untuk kepastian.
“Ha, cakap? Aku ada cakap apa-apa ke tadi? Sorry, aku tak sedar. Kau cakap apa tadi?” soal Hanim kalut. Husyairi tersenyum. Matanya kembali ke pemanduannya. Dia yakin, Hanim sudah mula meneliti wajahnya.
“Hanim, apa ciri-ciri lelaki yang awak suka? Sorry, saya tahu awak baru kecewa. Anggaplah soalan ini hanya sekadar perbualan dan selesai di sini.” Kata Husyairi pantas sebelum Hanim salah anggap terhadapnya. Hanim tersenyum dan mengeluh.
“It’s okey, Hus. Memang aku kecewa tapi lepas kau pulangkan potret tadi, aku rasa hati aku kosong. Pasal ciri-ciri lelaki yang aku suka tu, cukuplah dia cintakan aku sepenuh hati dan boleh berikan aku kehidupan yang bahagia dan sempurna walaupun sederhana. Janji aku kaya dengan kasih sayang dia. Terus terang aku cakap, dulu aku selalu mengharapkan cinta dan perhatian dari lelaki kacak. Kau pun mesti tahu, manusia semua inginkan yang cantik, yang sempurna. Begitu jugak dengan aku. Tapi setelah mengenali cinta lelaki sekacak Mahadi dan kecewa, baru aku sedar. Selama ni aku tidak pernah sedar kekurangan aku yang gemuk ni. Aku fikir aku cantik dan layak bersama lelaki handsome. Tapi, baru aku sedar siapa aku sekarang…” jelas Hanim panjang lebar. Husyairi memandang Hanim sekilas.
“Jangan cakap macam tu. Tak semua lelaki kacak pandang kecantikan. Saya bercinta dengan perempuan cantik, tapi hidup saya tak pernah tenang.”
“Tapi muka kau nampak tenang je. Macam takde masalah,” pintas Hanim. Husyairi tersenyum.
“Bukan ke awak pun macam tu? Nampak ceria, tapi dalam hati memendam perasaan. Awak mungkin tak tahu, walaupun kita jarang jumpa, saya sedaya upaya menyelami perasaan awak yang sebenar tapi gagal. Sehinggalah, awak buat kerja bodoh tu, barulah saya tahu yang awak mencintai seseorang dan kecewa. So, ketenangan wajah jarang mencerminkan apa yang tersirat di hati, Hanim. Wajah saya nampak tenang tapi hati saya selalu tertekan,” sambung Husyairi lembut.
“Hus, kalau kau ada masalah, kau boleh cerita kat aku. Tak baik pendam lama-lama…” pesan Hanim seolah-olah simpati dengan Husyairi. Husyairi ketawa kecil.
“Awak kalau bercakap memang pandai tapi awak yang buat macam tu. Hanim… Hanim…” ujar Husyairi. Hanim tersenyum memikirkan kebenaran kata-kata Husyairi. Tidak lama kemudian, mereka tiba di apartment Pantai Indah.
Husyairi membantu Hanim membawa beg baju dan mereka beriringan menuju ke apartment Hanim di tingkat tujuh. Setiba di hadapan apartment bujang itu, pintu di ketuk.
“Awak masuk lah dulu. Kata nak kenal dengan Nazirah kan?” giat Hanim dengan senyum nakal. Husyairi mengerut dahi.
“Hanim, saya takde apa-apa dengan dia, okey?” tegas Husyairi. Ketika itu juga Irni membuka pintu. Mereka masuk ke rumah yang dihias kemas itu.
“Korang duduklah dulu, aku pergi buat air kejap,” ujar Irni gugup setelah menatap wajah Husyairi.
“Eh, takpe-takpe. Kau duduk sini, teman Hus dan biar aku yang buat air.” Hanim menarik bahu Irni duduk di hadapan Husyairi. Husyairi merenung tingkah Hanim yang cuba menyatukannya dengan Irni. Hanim menuju ke dapur.
Dari dapur yang terletak tidak jauh dari ruang tamu itu, Hanim memerhatikan gelagat pasangan yang dirasa sepadan itu. Ketika itu, dia melihat Irni yang memulakan perbualan. Hanim meneruskan kerjanya membancuh air apabila pasangan itu sudah mula berbual. Tiba-tiba, Hanim berasa sedih apabila terkenangkan Mahadi. Terbayang di matanya bagaimana mesranya Mahadi memeluk pinggang Arina. Airmatanya mula meleleh perlahan. Hanim tunduk dengan sedu yang perlahan agar tidak mengganggu pasangan di rumahnya itu.
“Hanim…” Hanim tersentak apabila suara garau lelaki menyapa telinganya. Airmatanya dikesat bersih sebelum berpusing menghadap ke arah suara itu.
“Eh, Hus. Mana Irni? Tunggu sekejap, air dah siap bancuh ni,” ujar Hanim dengan senyuman. Husyairi bergerak merapatinya.
“Awak simpanlah air ni dalam peti ais dulu. Dah tengahari ni, saya nak belanja awak dan Nazirah makan tengahari…”
“Makan tengahari? Kau pergi dengan Irni je lah. Aku takde seleralah.” Husyairi merenung Hanim tajam. Hanim memasukkan air yang dibancuhnya tadi ke dalam peti ais.
“Janganlah macam ni. Sejak peristiwa hari tu, saya tengok awak suka abaikan  kesihatan awak. Sampai bila, Hanim?” soal Husyairi serius. Hanim beredar ke ruang tamu. Beg bajunya dijinjing.
“Aku letih, nak masuk berehat dulu. Terima kasih sebab hantar aku balik hari ni,” ucap Hanim dengan senyum tipis. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Hanim menjawab dengan salam.
“Hanim, kau kat mana ni? Dah seminggu aku cari kau. Kenapa kau tak masuk kelas?” soal Iman bertalu-talu.
“Aku, okey. Ada masalah sikit. Ada apa kau call aku ni?”
“Aku risau. Dah seminggu aku call handphone kau tapi tutup. Aku datang rumah kau, kawan serumah kau kata, kau tak sihat. Kau kenapa?”
“Kau datang rumah aku?” Hanim mulai kurang senang apabila Iman sudah tahu tempat tinggalnya sebenar.
“Ha’ah. Aku nampak kawan serumah kau, lepas tu aku ikut dia sampai depan apartment korang.” Husyairi merenung Hanim dengan pelbagai tanda tanya.
“Aku okey. Takde apa-apa cuma demam sikit. How about class? Ada assignment baru ke?” soal Hanim menukar topik. Dia berlalu ke sofa semula. Husyairi  berasa sesuatu yang kurang senang di hatinya.
“Assignment takde tapi ada beberapa latihan. Aku dah fotostatkan nota dan latihan untuk kau. Esok kau datang kelas, okey? Aku jemput kau kat rumah.”
“Hish, jangan nak mengada! Sebenarnya, aku ada mc lagi dua hari dari doktor. Tak payahlah susah-susah nak datang rumah aku. Anyway, thanks sebab buat semua tu. Nanti aku belanja makan okey?”
“Takkan demam sikit cuti lama?”
“Eh, Iman, aku adahal sikit ni. Nanti jumpa kat kolej ye? Bye, assalamualaikum!” Hanim lekas-lekas memutuskan talian.
“Kawan?” soal Husyairi yang sudah duduk di hadapannya.
“Ha’ah, member kolej. Malas nak layan. Banyak sangat tanya! Mana si Irni ni? Sorrylah Hus. Irni tu kalau bersiap memang lama. So, how?” tanya Hanim dengan senyum penuh makna.
“How? Maksud awak?” Husyairi mengerut dahi masih tidak dapat menangkap kata-kata gadis gempal itu.
“Ala, buat tak tahu pulak. How about you and Irni?”
“Kenapa dengan kami?” soal Husyairi lagi. Hanim mengeluh dengan jelingan sekilas. Husyairi tiba-tiba mengangkat kening.
“Oh, about that! Hanim, we are just friend. Takde hubungan apa-apa. Hanya kawan, okey?” ujar Husyairi setelah berjaya menangkap kata-kata Hanim.
“Setiap hubungan istimewa semuanya bermula dari persahabatan Hus…” kata Hanim selamba. Husyairi tersengih nakal.
“So, tak mustahil jugaklah kalau saya dan awak ada hubungan istimewa satu hari nanti?” duga Husyairi nakal.
“Ha, itu je yang mustahil. Anyway, aku tak suka rampas hak orang.” Husyairi tersenyum melihat sikap selamba Hanim. Hanim bangun dan mengangkat beg bajunya.
“Hus, aku letihlah. Aku taknak fikir apa-apa dan aku hanya nak rehat. Pesan dekat Irni, tolong kunci pintu sebelum keluar, okey? Thanks!” pesan Hanim lalu masuk ke biliknya. Husyairi merenung langkah Hanim yang lemah. Hatinya sering tertanya-tanya kenapa ketika bersama Hanim, kerisauannya terhadap Maria hilang. Tetapi, jika berduaan dengan perempuan lain yang lebih cantik dan menarik, hatinya tidak tenang dan sentiasa teringatkan Maria.

Jumaat, 18 November 2016

MOVE ON...

Assalamualaikum, bloggers...

Hari ni genap sebulan aku keguguran. upt positif aku bertahan selama 4 minggu je. Mula-mula sedih jugak tapi bila fikir balik redha je la. Lagipun perancangan Allah itu indah.

So, from now aku decide to move on dan taknak fikir lagi pasal ni. kalau ada rezeki, adalah. Aku nak tumpu pada Najihah je. Tahun depan Najihah nak masuk empat tahun. Pelbagai perkara aku perlu get ready untuk masa depan dia.

Jika ada yang baca blog ni dan mendoakan aku, aku ucapkan terima kasih..

Sekian, jumpa lagi di next entry yang aku pun tak tahu bila. Pada yang berminat nak tahu sambungan Novel Kerana Cinta, boleh tinggalkan komen k...(^^,)