Selasa, 26 Julai 2016

Datang Semula!!!!

Assalamualaikum... Tak sangka finally aku dapat tulis dalam blog ni lagi. Dah hampir 4 tahun aku menyepi dari dunia blogger ni. Bukan apa, aku terlalu bz dan masa aku agak terhad berbanding masa aku 'Cik' dulu...hihihi Mesti korang nak tahu apa jadi kat aku dalam masa 4 tahun ni kan? Ermmm... macam-macam jadi. Ada suka,ada duka. ada tawa, ada airmata. Okeylah,meh aku share serba sedikit tentang life aku dalam masa 4 tahun ni. Macam yang korang tahu, title 'Cik' aku dah bertukar sebagai 'Puan' pada 2012.




Selepas 3 bulan, aku terima satu sampul surat besar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Ha, ce teka? Aku dapat kerja kerajaan!!! Tergamam aku bila dapat surat tu. Mungkin rezeki selepas kahwin and sure lah dari doa-doa mak aku.

Bila dah start kerja, after 3 months, aku dapat lagi satu berita gembira yang tak terkata. AKU BAKAL JADI MAKKK!! (^^,) hehehe... Pada korang maybe perkara biasa tapi pada aku dan orang-orang yang mengenali aku, ia adalah satu perkara yang miracle sbb untuk seorang yang bertubuh agak chubby macam aku memang agak mengejutkan jika mempunyai zuriat tapi siapalah kita untuk menidakkan kuasa Allah s.w.t. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel dan cerdik. Dah tiga tahun pun umur dia. Nur Amni Najihah nama diberi...

Cerita pasal Nur Amni Najihah, nama Najihah ni diberi oleh mak aku sejak aku hamil 4 bulan lagi. malah emak siap prepare nama for the second daughter insyaAllah. Tapi tak perlulah aku share kat sini sebab belum rezeki lagi untuk the second. Oleh kerana cucu sulung emak, memang takde chance lah orang nak jaga si comel Najihah ni...huhuhu


Ce tengok, comel tak anak aku? Hehehe... jangan tertipu, muka je tembam tu tapi badan kecik je...hahaha...












Walaubagaimanapun, tiada yang kekal di dunia ini. Emak hanya dapat membesarkan Najihah selama setahun lebih je. Emak telah dijemput Ilahi. (>_<) rasa kehilangan hanya Allah s.w.t je yang tahu. korang sendiri tahu berapa lama aku menjaga arwah emak sehinggakan sudah berkeluarga pun aku masih di berbaring berbantalkan riba emak. masih menangis di dada emak sebab hanya emak yang memahami apa yang aku rasa. Sehingga hari ini, walaupun hampir dua tahun emak meninggalkan aku dan adik beradik, aku seakan-akan dapat merasakan kehadirannya di saat-saat aku bersendirian. Alhamdulillah dengan kehadiran puteriku Najihah ni, sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan aku pada arwah emak sebab wajahnya ada sedikit iras-iras emak terutama ketika tersenyum. Semoga emak ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman...Amiinnn....

Okeylah, sampai sini dulu aku buat come back. InsyaAllah ada rezeki, panjang umur kita jumpa di next entry.... Wassalam....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan